Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Burger Tauhu

Imej
Dah 2 kali buat burger tauhu ni. Burger ni agak lembik sikit so kena extra careful masa goreng dlm kuali tu especially masa nak terbalikkan dia. Masa buat baru-baru ni Maisya masak dlm oven je tapi kena sapu minyak sikit kat both side sebelum bakar itupun still melekat jugak sikit kat tray. Gambar yg first ni 4 tahun lepas punya gambar...he..he..yg bawah tu barulah gambar yg buat baru-baru ni.




Burger Tauhu
resepi sumbangan Baiduri Othman di Forum Cari

Bahan2nya:-

2 tauhu
1 biji kentang rebus
Bawang besar dimayang halus
Bawang putih ditumbuk bersama lada hitam & ketumbar
1 biji telur ayam
sedikit sos tiram
sedikit kicap
sedikit garam

Cara2 membuatnya:-

1. Tauhu hendaklah ditos utk membuang air. Bila dah kering baru dihancurkan bersama kentang. Lepas tu masukkan kesemua bahan2, gaul hingga rata.

2. Panaskan non-stick pan guna api sederhana. Bubuh sedikit minyak. Lepas tu dgn menggunakan sudu makan, masukkan adunan ke dlm pan & bentuk bulat. Utk pan sederhana boleh muat utk tiga sudu makan. Ba…

Hash Potato

Imej
First time menjadik buat hash potato ni. Sebelum ni dah try 2,3 kali resepi yg lain tapi tak menjadik.....kali ni sgt happy sebab dgn resepi yg sempoi menjadik jugak akhirnya hash potato ku~ Resepi dari cookpad.com


Hash Potato ( menghasilkan 4 ketul saiz 5x5 cm )
http://cookpad.com/recipe/157692

2 biji kentang( lebih kurang 300g )
sedikit garam

Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ).
Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor.
Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus.
Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus.
Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antaranya( boleh…

Roti Nasi

Imej
Roti yg unik sebab nasi adalah salah satu bahan yg digunakan. Roti ni lembut je. Maisya buat utk makan dgn kuah durian.



Roti Nasi
http://www.jintanmanis.com/roti/235-rotinasi

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air ( Maisya guna dlm 80 ml je )
250 gram tepung roti ( Maisya guna tpg gandum biasa )
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin ( Maisya guna minyak )
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh ke…

Ikan Bakar Berkicap

Imej
Resepi asal dari website Ros di http://www.jintanmanis.com/ . Resepi masakan Jepun 'Saba No Syoyu Yaki'. Maisya punya ni versi Msia...Ganti ikan Saba(makerel) tu dengan ikan Sardin fresh( sebenarnya nak guna ikan apa pun ok...semalam buat guna ikan tongkol putih ). Kicap pun guna kicap Msia je. Resepi sempoi tapi sedap.


Ikan Bakar Berkicap
Resepi asal di http://www.jintanmanis.com/ikan/231-sabanosoyuyaki

Bahan-bahanya
1/2 ekor ikan saiz sederhana ( dipotong dua, dan dikelar)
3 sudu kecil kicap masin
1 sudu kecil gula

Cara-caranya
1. Gaul ikan bersama kicap dan gula, kemudian perap dlm 10 minit, Grill seperti biasa, sehingga pemukaan ikan perang, dalam 10 ke 20 minit(bergantung saiz ikan yg digunakan).

Ikan Rebus

Imej
Ikan kembung dibersihkan, kemudian digaul dengan garam dan simpan dlm peti ais semalaman. Kukus ikan hingga masak. Susun dalam bekas dan bolehlah disimpan dalam peti ais hingga tiba masa untuk digunakan. Sedap digoreng macam tu je.

Samosa

Imej
Samosa

Inti
2 biji kentang saiz besar
1 sudu besar butter
1 cawan bawang besar dicincang
2 bawang putih dicincang
1 sudu besar halia ditumbuk
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
3/4 sudu kecil garam
1/2 ~ 1 cawan mix vege( dicelur sebentar dan ditos )
1/2 ~ 1 sudu besar serbuk kari

1)Kentang dikupas kulitnya dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek kentang.
2)Cairkan butter dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, serbuk ketumbar, serbuk kari dan garam. Masak hingga bawang layu.
3)Gaul rata bahan dari langkah 2 dan mix vege kepada kentang lecek. Sejukkan sebelum digunakan.

Kulit
2 cawan tepung gandum
1/2 biji telur sederhana besar( atau 1 telur saiz kecil )
3 sudu besar marjerin
1/2 cawan air ais ( sukatan hanya anggaran ) + garam

1.Gaulkan telur dan marjerin (yang telah dicairkan) dengan tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
2.Tuangkan air sikit demi sedikit hingga jadi doh. Rehatkan doh selama sejam.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil. Bul…