Friday, August 6, 2010

Roti Nasi

Roti yg unik sebab nasi adalah salah satu bahan yg digunakan. Roti ni lembut je. Maisya buat utk makan dgn kuah durian.



Roti Nasi
http://www.jintanmanis.com/roti/235-rotinasi

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air ( Maisya guna dlm 80 ml je )
250 gram tepung roti ( Maisya guna tpg gandum biasa )
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin ( Maisya guna minyak )
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit




No comments: