Hash Potato
Hash Potato ( menghasilkan 4 ketul saiz 5x5 cm )
http://cookpad.com/recipe/157692
2 biji kentang( lebih kurang 300g )
sedikit garam
Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ).
Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor.
Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus.
Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus.
Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antaranya( boleh imagine ke macamana ? )
Masa Maisya buat haritu.. lepas kisar, kentang tu jadi agar berair so Maisya buang air tu sikit. Jangan tapis sampai kering plak...biar dia lembap-lembap sikit supaya senang melekat masa dibentuk.
Dah siap bentukkan, bolehlah digoreng dalam minyak yg panas ( api sederhana ). Goreng hingga warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak yg berlebihan. Bolehlah dimakan dengan sos/ mayonis.
**Kalau tak de food processor:
1/3 dari kentang diparut halus dan bakinya dicincang dengan pisau.
Ulasan
Tak payah. Terus goreng macam tu je.
kite link yek :)