Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006

Chocolate Shortbread Cookies

Imej
Biskut ni dah banyak kali Maisya buat utk anak-anak makan sebab resepinya mudah. Resepi asal namanya Valentine Shortbread sebab diterap bentuk love. Tapi Maisya selalu just bulat-bulatkan( or bujur ) dan tekan dengan garfu jer...pemalas skit.. Boleh tengok resepi asal di sini --> http://www.jscottcooper.com/Projects/Recipes/Valentines2/
Chocolate Shortbread Cookies1 cup butter, softened
1/2 cup sugar
1 teaspoon vanilla
2 cups all-purpose flour
1/4 cup cocoa
mix butter and sugar, beat until fluffy and creamy. Add vanilla, mix well. Add flour and cocoa powder, mix well until become a dough. Roll the dough and cut using cookie cutter of your favourite shape.

Kek Labu Kukus

Imej
Resepi ni diolah dari resepi KEK CARROT KUKUS k.liza( hanieliza ) yang terdapat di forum.cari.com.my

KEK LABU KUKUS

Bahan
1 cawan butter/marjerin
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan labu , diparut   
sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis )
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1 sudu besar tepung kastad

Cara.
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan susu pekat, kacau rata.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad.
7. Masukkan labu, dan kurma.
8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam

Tips:TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih geb…

Rendang Hitam

Imej
Rendang Hitam
sumber : my momBahan:
Daging
Bawang merah -dikisar
Bawang putih-dikisar
Halia-dikisar
Cili boh
Kicap
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara:
-Rebus daging( seketul besar...tak payah potong-potong) sehingga empuk
-Toskan daging dan simpan air rebusan daging tadi
-Hiris daging( tak perlu nipis sangat )
-Daging yg dah dihiris tadi ditumbuk sedikit dgn lesung one by one supaya dia jadi agak nipis dan melebar
-Peram daging dengan kicap sekejap
-panaskan minyak dan goreng sebentar daging tadi
-Angkat dan ketepikan
-Tumis bahan kisar dan cili boh...tambahkan air rebusan daging
-Tambah air asam jawa dan garam
-Masukkan daging bila dah pecah minyak dan kuah agak pekat
-Masak sehingga kepekatan yg disukai...nak kering or basah..