Friday, July 21, 2006

Kek Labu Kukus


Photobucket - Video and Image Hosting 



Resepi ni diolah dari resepi KEK CARROT KUKUS k.liza( hanieliza ) yang terdapat di forum.cari.com.my



KEK LABU KUKUS

Bahan

1 cawan butter/marjerin
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan labu , diparut   
sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis )
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1 sudu besar tepung kastad

Cara.
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan susu pekat, kacau rata.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad.
7. Masukkan labu, dan kurma.
8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam

Tips: TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
- tips dari majalah Rasa Mac 2005

No comments: