Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Roti lagi

Imej
Semua roti ni guna resepi yang sama , iaitu resepi Mini Loaf Bread . Cuma ada sesetengah tu Maisya tambahkan lagi kuantiti gula. Yang ni bubuh inti kaya pandan lepas tu pipe kan jugak kaya pandan kat bahagian atasnya. Sedap tu sedap tapi masa nak makan tu comot sikitlah sebab kaya yg jadik topping tu melekit sikit. Yang ni plak letak sosej dan pipe kan sos tomato. Loyangnya kecik, kesian roti tu terpaksa berhimpit..he..he.. Yang ni kosong je tak de tambah apa-apa. Yang ni pulak dilapiskan dengan inti coklat...cara nak buatnya macam nak buat croissant or boleh rujuk entry yg ni: Pandan Marble Bread . Ingat nak buat comel-comel je tapi jadik gedabak le plak.

8th Wedding Anniversary

Imej
22hb Jun merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan Maisya & hubby...tahun ni anniversary yg ke 8. Malas nak buat kek ( kek birthday Maryam yg ke 4 bulan April lepas pun tak buat...) so semalam just buat muffin pandan untuk bekal hubby ke office dan selitkan nota 'Happy 8th Anniversary'.....hubby macam tahu je Maisya malas nak buat kek , masa balik dari office dia bawak balik kek yg dibeli di kedai....tq! Dah lama hubby tak beli kek kat kedai, sebab selalunya Maisya buat sendiri. Nie lah rupa kek yg dah tinggal separuh je, kek span coklat dengan topping buttercream. Nie pulak muffin pandan yang Maisya buat semalam MUFFIN PANDAN copy from: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1753794 Sumber : -Cari.com Bahan-bahan: 200gm tepung gandum 1 1/2 tsp baking powder 1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus 120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak) 100ml minyak jagung 2 biji telur *1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 tsp pandan essence Bahan top