Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

MARBLE TWIST ROLL

Imej
Cubaan kedua buat roti guna resepi ni...langkah-langkahnya agak panjang tapi sebab suka tgk rupanya tu so buat jugaklah. Kali ni gagal pada langkah terakhir iaitu masa proses nak mnggulung roti tu dia pecah le plak...terpaksalah tukar sikit. Maisya cuma lipat dua je roti tu. Mungkin roti yg maisya buat kali ni jadi agak tebal so susah nak gulung.

















MARBLE TWIST ROLL
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1785774
Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (maisya guna resepi sendiri, resepi ada di bawah sekali)
125 ml air
50 gram gula pasir
garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
1/2 sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air (maisya cuma guna lebih kurang 250ml)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram buttercream untuk sapuan (maisya pukul butter hinngga kembang dan tambah sedikit susu …

Kuih Tiram Kulit Popia

Imej
Kuih Tiram Kulit Popia

Bahan2
Kulit Popia
Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air supaya jadi pes yg pekat( ini akan digunakan sebagai gam )
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara2
Kulit popia digulung sampai habis(gulung longgar je jangan gulung ketat-ketat), kemudian sapukan dgn pes tepung gandum dihujungnya supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis. Kulit popia yg belum digunakan tu tutup dengan tuala lembap supaya dia tak kering.
Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.

Popia Goreng

Imej
Inti popia: bawang merah bawang putih udang sengkuang lobak merah timun garam serbuk kunyit
Bawang merah dihiris dan digoreng hingga garing. Sejukkan.
Bawang putih di cincang halus. Udang dipotong kecil. Sengkuang, lobak merah dan timun dipotong halus seperti batang mancis. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga garing dan tambahkan udang. Kacau rata. Bila udang dah masak, masukkan sengkuand dan lobak merah. Tambahkan juga serbuk kunyit dan garam. Kacau rata hingga sayur agak layu( jangan sampai terlalu lembik). Tutup api dan tambahkan timun dan bawang goreng. Gaul rata. Pindahkan inti yg dah dimasak ke atas penapis utk membuang lebihan air.

Sakura Award

Imej
Ambik ni kat blog Aishah. Dah masuk musim bunga kat Jepun.

Homemade Sardine

Imej
Jom kita buat homemade sardine plak....terjumpa resepi ni dari blog Mat Gebu. Resepinya sempoi je cuma kena ada pressure cooker la...memang serupa je rasa macam yg beli dlm tin tu...so sapa yg takut nak beli sardin dlm tin tu bolehlah cuba buat sendiri.

Maisya buat ni malas nak sukat-sukat so letak je bahan sesedap rasa tapi terkurang air le plak so kuahnya agak pekat...kalau ikut bebetul sukatan yg diberi should be ok.



HOME MADE SARDINE
http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/home-made-sardine.html

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna/sardin
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya & ekor. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.

Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga …

Caramel Cheesecake

Imej
Sempena birthday hubby semalam, buat Caramel Cheesecake. Resepi dari blog FA. Maisya tukar base tu guna biskut, resepi asal kena buat macam kek/brownies utk basenya. My karamel macam tak berapa jadik je...warna dia tak cantik la...tak shiny. Maisya cuma buat separuh adunan je.





Caramel Cheesecake

http://melayuberangan.blogspot.com/2009/01/caramel-cheesecake.html

ingredients:
Caramel :
butter 120g diced
brown sugar 220g
whipping cream 200ml

Base : (maisya tak buat base ni)
butter 60g
brown sugar 30g
dark chocolate 125g chopped
lemon juice 2tsp mixed with 50ml milk, left for 5 min
eggs 2 lightly beaten
instant coffee powder 2tsp mixed with 1 tsp hot water
vanilla flavour 1/2 tsp
plain flour 60g sifted
cocoa powder 30g sifted
bicabornate soda 1/4 tsp
walnuts 100g.toasted and chopped

Filling :
cream cheese 500g diced
cornflour 2Tbsp+2 tsp sifted
vanilla 1tsp
whipping cream 200 ml
eggs 4 lighly beaten

Method

Caramel
1. Combine butter and brown sugar and stir over low heat until sugar dissolves wihtout boiling. Stir in…