Kuih Tiram Kulit Popia





Kuih Tiram Kulit Popia

Bahan2
Kulit Popia
Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air supaya jadi pes yg pekat( ini akan digunakan sebagai gam )
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara2
Kulit popia digulung sampai habis(gulung longgar je jangan gulung ketat-ketat), kemudian sapukan dgn pes tepung gandum dihujungnya supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis. Kulit popia yg belum digunakan tu tutup dengan tuala lembap supaya dia tak kering.
Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Kalau buat ini kan, ma rasa, penat menggoreng belum habis, kuih dah habis lama dah! Muahahaha....
Maisya berkata…
Mama,
memang pun cepat je habisnya...tu buat pun sebab nak perabiskan kulit popia je...malas nak simpan sebab peti ais maisya yg comel tu tak mampu nak simpan byk brg.
MyLilBundle berkata…
hehehe betoi ckp mama tu...sambil goreng sambil mkn...pas abes goreng tinggal habuk jek! nak2 yg tukang goreng sorang tukang mkn 3-4 org! hahahaaa
Aishah@Ariffin@Aqil berkata…
wahh,,,yg nih pun kite suke wat...tp skrg duk batuk...t'paksa pantang ler...
PINATBATE berkata…
salam Maisya..
kalau rajin lagi,boleh sira dgn sambal pedas kering mcm sira kerepek ubi pedas tu..lagi lajuuu makan..
Maisya berkata…
shima,
kena la suruh sapa yg nak makan tu pun tolong buat...kuih ni kalau buat ramai-ramai cepat sikit siapnya...sorang tukang gulung, sorang tukang gunting, sorang tukang goreng...ha...lepas tu barulah boleh makan.

kak Pinat,
kalau sira dengan cili tu lagi le cepat habihnya..he..he..
WanYgBest berkata…
saya nak try wat ni utk raya...hehehe...mintak izin link blog maisya ni yer...saje nak share resepi ni ngan kwn2...

time kasih for the resepi!
Maisya berkata…
Wan,
dah buat ke? senang kan!

Catatan Popular