MARBLE TWIST ROLL
Cubaan kedua buat roti guna resepi ni...langkah-langkahnya agak panjang tapi sebab suka tgk rupanya tu so buat jugaklah. Kali ni gagal pada langkah terakhir iaitu masa proses nak mnggulung roti tu dia pecah le plak...terpaksalah tukar sikit. Maisya cuma lipat dua je roti tu. Mungkin roti yg maisya buat kali ni jadi agak tebal so susah nak gulung.
MARBLE TWIST ROLL
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1785774
Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)
Bahan2 Inti (maisya guna resepi sendiri, resepi ada di bawah sekali)
125 ml air
50 gram gula pasir
garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
1/2 sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2
Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air (maisya cuma guna lebih kurang 250ml)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin
Bahan Sapuan
100 gram buttercream untuk sapuan (maisya pukul butter hinngga kembang dan tambah sedikit susu pekat serta gula ising, pukul lagi hingga sebati)
Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.
Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan.
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak.
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar(maisya tak buat). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (maisya guna suhu 175C...bakar selama 20 minit)
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti.
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega.
10. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan
PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.
Ini inti coklat yg maisya gunakan.
Inti coklat:
2 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar air
Campur semua bahan dan kacau hingga betul-betul sebati.
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat Sejukkan.

Ulasan