Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Daging

Daging Empal

Imej
Resepi ni dipost oleh seorang forumer di forum cari. Tengok gambar dia terus berkenan...untuk tengok gambar rupa sebenar lauk ni boleh klik kat link pada resepi bawah ni. Maisya punya gambar ni lain sikit rupa dengan yg asal..he..he..daging tu maisya ketuk sampai nipis dengan lesung je( senang anak-anak nak gigit..he.he..tapi still liat jugak..hu...hu..hu...lain kali kena rebus lama sikit dlm pressure cooker!). Gula melaka takde so letak je gula biasa, tu yg tak berapa gelap warnanya....dan daging tu sebenarnya dah perap dengan serbuk kunyit sebab asalnya nak buat resepi lain tapi teringat plak kat resepi ni. Sambal pun tak buat....Anyway, sangat sedap! Daging Empal dan Sambal Padang http://arena184.blogspot.com/2010/03/daging-empal-dan-sambal-padang.html Bahan-bahan:- 1kg daging 2 sudu besar ketumbar - tumbuk halus 1 cawan setengah air asam 5 ulas bawang putih - tumbuk halus 1/3 cawan gula melaka - tumbuk halus Garam secukup rasa Serbuk perasa daging/ayam Maggie( maisya tak letak ) C...

Beef Katsu

Imej
Sebelum digoreng Beef Katsu ni cara buatnya lebih kurang macam chicken chop la tapi yg ni guna beef. BEEF KATSU Daging Telur Tepung Breadcrumbs Garam Lada hitam Daging dipotong lebar dan nipis .Kemudian diketuk dengan anak lesung supaya lembut dan lebih leper( senang sikit nak masak ). Perap sebentar dengan garam dan serbuk lada hitam. Salut daging dengan tepung, kemudian celup dlm telur dan seterusnya golek dalam breadcrumbs. Goreng dengan minyak yg banyak hingga bewarna perang. Toskan dan dipotong-potong kecik sebelum dihidang.

Lauk-pauk

Imej
Resepi ni dapat dari rancangan memasak kat tv masa kat jepun, tapi dlm rancangan tu dia guna mugi-cha(barley tea)...kali ni maisya just guna teh biasa...jap...apa...erk nak bagi nama kat resepi ni? Daging Rebus Teh Bahan-bahan: Daging(biar seketul besar je, tak payah potong-potong) Teh uncang or serbuk Air Cara-cara: Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan uncang teh( teh ni kena pekat so guna 2 atau ikut le byk mana air yg guna ). Biar beberapa minit. Masukkan daging dan masak hingga daging masak dan empuk. Maisya guna pressure cooker so cepat je. Bila dah masak, toskan airnya. Hiris-hiris nipis daging tu dan bolehlah makan dengan apa-apa sos yg kita suka contohnya air asam, sesame seed dressing, etc. Sesuai utk makan dengan daging atau sebagai salad dressing Goma-dare( Sesame Seed Dressing) http://cookpad.com/recipe/268341 30g bijan 1/2 labu bawang besar 1/2 batang lobak merah 1 ulas bawang putih 350ml vegetable oil 100ml cuka 130ml kicap 50g gula(kalau guna kicap manis,...

Rendang Daging Masak Hitam

Imej
Lepas tengok resepi ni di blog Ujen, lepas tu dicuba oleh Maklang dan jugak Noora....Maisya pun teringin gak nak try since sama-sama orang Perak kan...he..he..Cuma masalahnya tak tahu apa itu jintan pedas dan biji rempah...tak sempat tunggu reply dari ujen pasal bahan-bahan tu Maisya buat berdasarkan andaian sendiri...Maisya rasa jintan pedas tu jintan putih sebab mesti bukan jintan manis kan..biji rempah tu plak Maisya agak ketumbar sebab pernah jumpa paket rempah tulis rempah biji= coriander seeds. Bila dapat reply dari Ujen, jintan tu dah betul tapi biji rempah tu bukan ketumbar...alamak salah le plak, tapi sedap jer masa buat haritu...he..he..dan yg penting senang nak buat! ##pembetulan dari ujen....memang betui dah biji rempah tu = biji ketumbar. Rendang Daging Masak Hitam Resipi Asal : Mak ujen http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1 Bahan2 1 kg daging Di Kisar halus 3 biji bawang besar 20 tangkai cili kering Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus 20 sen Jintan Peda...

Pulut Kuning dan Rendang

Imej
Sempena habis puasa ganti, buat pulut kuning dan rendang...sebenarnya tekak terasa nak makan lemang dan rendang sebab tak puas makan masa hari raya haritu....mana taknya, masa pergi beraya asyik sibuk mengekor si kecik, Sarah je....baru pandai berjalan, jadi dia asyik ke sana sini, pegang itu ini....ishk...lepas tu asyik nak keluar dari rumah jer. Tak dapat le nak menikmati hidangan hari raya dengan tenang... Pulut kuning maisya cuma buat 1/2 kilo....tapi tak berapa jadiklah. Tak berapa lembut walaupun dah tambah lagi air....mungkin sebab maisya rendam cuma 2 jam sebelum kukus tu atau mungkin sebab maisya kukus letak pulut tu dalam loyang, tak letak directly atas kukusan tu. Rendang daging ni maisya guna resepi yg sama dengan rendang ayam(boleh check entry yg lalu) PULUT KUNING Recipe from kak liza; http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568 Bahan 1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji ...

Daging Goreng Kunyit

Imej
Time nak cepat or malas nak malas bolehlah masak cam ni. Sempoi je...sedap pun sedap jugak tapi kekadang tu daging jadik keras & liat le plak...hu..hu... Daging Goreng Kunyit Daging dihiris Bawang besar dihiris kasar Kunyit Garam -Gaul daging dengan serbuk kunyit -Goreng daging dengan minyak yg sedikit sahaja...goreng hingga air yg keluar dari daging tu hampir kering. -Tambah lagi minyak sikit, tambah bawang , garam dan goreng hingga masak.

Daging Masak Merah

Imej
I ni resepi campak-campak jer...janji ada rasa. Daging Masak Merah Bawang putih- diketuk Bawang besar- dihiris kasar Cili kisar Sos Tomato Daun limau purut- koyakkan sikit Daging- dihiris Garam Air Tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air -tumis bawang putih hingga agak perang -tambah cili kisar, tumis hingga pecah minyak -masukkan daging, masak hingga daging empuk -tambahkan sos tomato, bawang besar dan air -tambah garam, daun limau purut -tambah air bancuhan tepung jagung, kacau rata dan tutup api.

Nikujyaga

Imej
Nikujyaga-simmered beef and potatoes( for 4 person ) 300g daging( dihiris nipis ) 2 bawang besar, dihiris 4 biji(500g) ubi kentang, dipotong kecil 2 sudu besar minyak 1 1/2 cawan air 3 sudu besar gula 3 sudu besar kicap( kalau guna kicap manis, adjust le kuantiti gula tu ) -Panaskan minyak dan masukkan daging, bawang dan kentang. Gaul rata. -Masukkan air dan biar hingga mendidih -Tambah gula dan kicap, masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan kuah hanya tinggal separuh. #maisya tambah carrot masa buat haritu...

Daging Masak Kerisik

Imej
S edap lauk ni...kalau makan dgn lemang ke ketupat mesti lagik sedap....! DAGING MASAK KERISIK recipe by cranko21 from FNR Bahan2:- A/ 1 kilo daging lembu - potong dadu sebesar 2 inchi (cuci dan tos) B/di kisar halus 15 btg lada hidup atau lada kering 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 btg serai 1 inchi halia 2 biji buah keras- optional C/ 2 inchi lengkuas - ketuk2 sket 1 cwn kerisik 8 sudu kicap manis 1/4 cwn air asam daun salam (kalau nak laaaaa tak nak takpe) garam & gula secukupnya cara2: lebur semua bahan2 dlm kuali dan gaul rata dan masak laa hingga kering.

Daging Dendeng ( version negeri Perak )

Imej
Masa raya haji haritu mak sedara maisya ada masak daging dendeng ni, sedap tapi segan nak tanya resepi. Kebetulan ada forumer yg kongsi resepi ni di FNR so maisya try. Memang sedap!! Mula-mula tu maisya try guna ayam( gambar kat bawah) sebab tak de daging, ok jugak rasanya. Baru-baru ni baru berpeluang guna daging plak. Memang akan jadik one of my favourite la lepas ni. Daging dendeng posted by: mias_2004 at FNR daging batang pinang- rebus then potong nipis serai - hiris kasar kicap bawang merah - hiris nipis dan goreng garing blend; cili kering serai(nak sedap, letak banyak) halia bawang merah bawang putih (nak sedap, letak banyak) air rebusan daging 1.hirisan daging tu digoreng, agak-agak garing 2. lepas goreng, tumbuk daging tu dlm lesung batu bagi leper 3.panaskan minyak, tumiskan serai yg dihiris then masukkan bahan yg diblend 4. bila dah naik minyak, masukkan daging, kicap, bawang goreng dan garam. siap

Roti Blueberry dan Kheema

Imej
Semalam cuba resepi Roti Blueberry dari Nina. Resepinya ada di forum cari dan jugak di fotopages Nina : Roti Blueberry Tak cantik macam Nina punya tapi memang lembut roti ni...berbaloi dok menguli 1/2 jam Roti Blueberry 500 gm tepung high protein 90 gm gula castor 1 biji telur 10 gm yis segera 5 gm garam 20 gm mentega 220 ml air Topping Blueberry Pie Filing Telur - untuk disapu di atas roti Semua bahan diadun sekali kecuali air dan mentega. Setelah bercampur rata, masukkan air sedikit demi sedikit - banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung......jgn tuang sekaligus air. Setelah adunan bercampur sebati, masukkan mentega dan uli hingga doh menjadi lembut. Kemudian biarkan sebentar dalam 10 minit. Uli sebentar sebelum dibahagikan sebanyak 50 gm tiap doh. Selepas dibulat-bulatkan dlm 50 gm tiap satu, gentel bagi panjang....susun tiap satu tu dlm bekas rapat-rapat then biarkan dia naik 2x ganda.....dah naik tu baru sapu telur then bubuh topping tu. Atau boleh dibentuk mengikut bentuk...

BEEF RECIPES

Imej
Daging Masak Kandar DAGING MASAK KANDAR resepi sumbangan crv dari board FNR, forum.cari.com.my Bahan: 1/2 kilo daging di potong besar sikit 2 biji ubi kentang 2 biji bawang besar - dikisar 2 ulas bawang putih-dikisar 2-3 sudu rempah kari ikan Sedikit cili kisar Sedikit daun kari 2-3 asam keping sedikit kicap pekat sedikit air Cara: satukan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan rempah kari ikan. kacau hingga sebati. Tumiskan bahan yg telah disatukan tadi bersama daun kari sehingga rempah garing dan naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan sedikit kicap untuk menghitamkan sikit kuah tu juga asam keping. Biar sehingga daging 1/2 empuk dan msaukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi dan daging empuk. note: Sedap lauk ni...mula-mula tu risau jugak sebab dlm resepi tulis rempah kari ikan, ingatkan tersilap taip ke apa. Tapi tawakkal saja ikut 100% seperti resepi tu. Alhamdulillah sedap, tak de plak rasa macam lauk kari biasa...Lauk ni sebenarnya digandingkan dengan Nasi Lemak India....

Rendang Hitam

Imej
Rendang Hitam sumber : my mom Bahan: Daging Bawang merah -dikisar Bawang putih-dikisar Halia-dikisar Cili boh Kicap Air asam jawa Garam Minyak Cara: -Rebus daging( seketul besar...tak payah potong-potong) sehingga empuk -Toskan daging dan simpan air rebusan daging tadi -Hiris daging( tak perlu nipis sangat ) -Daging yg dah dihiris tadi ditumbuk sedikit dgn lesung one by one supaya dia jadi agak nipis dan melebar -Peram daging dengan kicap sekejap -panaskan minyak dan goreng sebentar daging tadi -Angkat dan ketepikan -Tumis bahan kisar dan cili boh...tambahkan air rebusan daging -Tambah air asam jawa dan garam -Masukkan daging bila dah pecah minyak dan kuah agak pekat -Masak sehingga kepekatan yg disukai...nak kering or basah..

BEEF

Imej
Daging Rebus Butter & Kicap Resepi yang sangat simple tetapi sedap. Resepi sumbangan forumer cikdak dari board FNR forum.cari.com.my Daging Rebus Butter & Kicap [cikdak] 1 kg daging fillet 1/4 cawan kicap pekat 1/4 cawan kicap cair 1 sb lada hitam 5 ulas bawang putih 1/3 ketul butter 6 cawan air Cara: 1.Daging dipotong kepada dua atau tiga sahaja dan dibersihkan. 2.Tumbuk lada hitam dan bawang putih. 3.Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok. 4.Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam 1/2 jam.(marinate) 5.Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk. 6.Jangan lupa balik2 kan daging supaya mesra semua bahagian. 7.Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan. 8.Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung. 9.Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi. Note : Tak payah bubuh garam,dah masin pun.Kicap tu anggaran saja, guna kicap pekat saja pun sedap ...