Roti Blueberry dan Kheema
Semalam cuba resepi Roti Blueberry dari Nina. Resepinya ada di forum cari dan jugak di fotopages Nina : Roti Blueberry
Tak cantik macam Nina punya tapi memang lembut roti ni...berbaloi dok menguli 1/2 jam
Roti Blueberry
500 gm tepung high protein
90 gm gula castor
1 biji telur
10 gm yis segera
5 gm garam
20 gm mentega
220 ml air
Topping
Blueberry Pie Filing
Telur - untuk disapu di atas roti
Semua bahan diadun sekali kecuali air dan mentega. Setelah bercampur rata, masukkan air sedikit demi sedikit - banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung......jgn tuang sekaligus air. Setelah adunan bercampur sebati, masukkan mentega dan uli hingga doh menjadi lembut. Kemudian biarkan sebentar dalam 10 minit. Uli sebentar sebelum dibahagikan sebanyak 50 gm tiap doh. Selepas dibulat-bulatkan dlm 50 gm tiap satu, gentel bagi panjang....susun tiap satu tu dlm bekas rapat-rapat then biarkan dia naik 2x ganda.....dah naik tu baru sapu telur then bubuh topping tu. Atau boleh dibentuk mengikut bentuk kesukaan sendiri.
Separuh buat cam Nina tapi bubuh jem blueberry jer kat atas tu
Separuh lagi buat plain dan bulat-bulat untuk makan dgn Kheema Daging malam tadi.
Maisya guna tepung gandum biasa jer dan guna marjerin ganti butter. Yis tu dlm resepi guna 10g tapi Maisya bubuh terus sepeket 11g tu...lebih 1g jer...
Resepi KHEEMA ni Maisya ambil dari fotopages kak Rossya. Maisya tak bubuh garam masala dan kacang peas sebab tak ada. Minyak pun just guna minyak masak biasa je.
KHEEMA
500g daging cincang di cuci dan ditoskan
2 biji bawang besar didadu kecil
2 biji tomato besar di dadu kecil
2 biji kentang didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150g kacang peas
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk lada
1 sudu teh kunyit sebuk
1 sudu makan garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak canola (atau minyak zaitun)
garam secukup nya
Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah di dadu sehingga kuning. campurkan paste bawang putih/halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama lima minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukkan pula kentang dan 300ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar.
Ulasan