Kuih-muih
Cupcakes
Cupcakes (resepi sumbangan puansri dari board FNR, forum.cari.com.my)
200 gm butter
180 gula castor
3 tbsp custard powder
220 gm tepung naik sendiri
4 biji telur
Gaul semua bahan hingga sebati dan pukul hingga ' creamy '.
nota: puansri kata ini basic punya resepi, boleh omit tepung kastad dan tambah apa-apa perisa or bahan seperti kismis, serbuk koko etc. Maisya omit tepung kastad dan bubuh 2 sudu besar air perahan oren dan juga parutan kulit oren ke dalam adunan. Memang hasilnya sedap dan lembut je. Oleh sebab tak de tepung naik sendiri so Maisya guna 200g tepung gamdum + 3 sudu teh baking powder + sedikit garam. Ini ikut formula yg Maisya jumpa di internet iaitu:
1 cup(110g) self raising flour = 7/8 cup (100g) plain flour + 1 1/2 teaspoons baking powder + 1 ts salt
Cakoi
Resepi ni dah lama ada dalam simpanan dan dah lupa ambik kat mana....sorrylah tuan empunya resepi!
Cakoi
2 1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 camca besar marjerin( dicairkan )
1/2 camca teh garam
1 1/2 camca besar gula
1/2 camca besar susu pekat manis
1/2 biji kuning telur
1 camca teh yis
1/4 camca teh soda bikarbonat
-Campur semua bahan kecuali tepung hingga larut. Tambah tepung sedikit demi sedikit.
-Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
-Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda(1/2 jam).
-Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
-Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan menjadi bentuk 4 segi. Potong menjadi beberapa jaluran.
-Ambil satu jaluran, celup sebatang lidi ke dalam air dan sapu di atas jaluran tadi. Ambil satu lagi jaluran dan letak di atas jaluran tadi. Tekan sedikit agar melekat. Ulang hingga doh habis.
-Panaskan minyak, ambil jaluran berkembar tadi, tarik sedikit kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
-Sedap dimakan dengan kuah kacang atau sos kastad
Ulasan