Lauk-pauk
Daging Rebus Teh
Bahan-bahan:
Daging(biar seketul besar je, tak payah potong-potong)
Teh uncang or serbuk
Air
Cara-cara:
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan uncang teh( teh ni kena pekat so guna 2 atau ikut le byk mana air yg guna ). Biar beberapa minit.
Masukkan daging dan masak hingga daging masak dan empuk. Maisya guna pressure cooker so cepat je.
Bila dah masak, toskan airnya. Hiris-hiris nipis daging tu dan bolehlah makan dengan apa-apa sos yg kita suka contohnya air asam, sesame seed dressing, etc.
Sesuai utk makan dengan daging atau sebagai salad dressing
Goma-dare( Sesame Seed Dressing)
http://cookpad.com/recipe/268341
30g bijan
1/2 labu bawang besar
1/2 batang lobak merah
1 ulas bawang putih
350ml vegetable oil
100ml cuka
130ml kicap
50g gula(kalau guna kicap manis, boleh kurangkan)
Kisar semua bahan hingga halus dan simpan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk, boleh tahan hingga sebulan.
*Bijan tu boleh juga disangrai terlebih dahulu utk lebih aroma bijannya.
Resepi dari fotopages MaDi Ha..ni copy & paste je dari sana
TELUR BUNGKUS
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1211526
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu
3 helai daun kobis - racik halus
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak
Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih & bwg besar hingga layu.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah garam. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.
Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...
*panjang lebar penerangannya..he...he..tapi maisya just angkat telur tu letak atas pinggan. Bubuh intinya, lepas tu bungkus. Ambik pinggan lagi satu dan telangkupkan atas pinggan yg tadi, lepas tu terbalikkan le telur tu. Kuali maisya besor so tak bolehlah nak buat cam MaDiHa tu...tak larat nak angkat!
*sayur-sayur tu bubuh apa yg ada kat rumah je.
Maisya buat ni kurang merah warnya sebab sos tomato ada sikit je masa tu.
BISTIK DAGING
Resepi sumbangan DianaA di FNR
Bahan-bahannya
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato kacau2 kejap dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.
NOTA: Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur mata lembu.
Bendi Goreng Kicap
Kacang bendi-dipotong-potong
bawang merah-dihiris
ikan bilis
Cili merah-dihiris
kicap
garam
tumis bawang merah,cili merah dan ikan bilis hingga garing, masukkan kacang bendi dan kacau rata. Tambah kicap dan garam sesedap rasa.
Ulasan
mana ada rajin, biasanya masak paling byk pun 2 jenis lauk je...kalau orang lain rasanya mesti lebih byk dari tu...yg sampai penuh meja pun ada...
cantiknyerr bungkus telur...lgsung x koyak heee
kadang-kadang koyak jugak
daging rebus dgn teh?tak pernh dgr..rasanya wangi mcm teh ke?ok ke rasanya kalau pas rebus,kita goreng?pelik2 jugak masakan org jepun ek..rasa mcm nk cubala..nanti cuba ct ckp
dari segi rasa tak le daging tu rasa teh plak...tapi kalau guna jasmine tea ke or teh yg wangi-wangi tu maybe boleh terasa kot. Konon-kononnya teh ni boleh melembutkan daging...tak tau la sebab akak guna pressure cooker so memang le daging tu lembut.