Castella
Now a specialty of Nagasaki, the cake was brought by way of Portuguese merchants in the 16th century. The name is derived from Portuguese Pão de Castela, meaning "bread from Castile". Castella cake is usually sold in long boxes, with the cake inside being approximately 27cm long. It is somewhat similar to Madeira cake, also associated with Portugal, but its closest relative is pão-de-ló, also a portuguese cake.
Note that there are similar types of sponge cakes named after the same fashion, in French: Pain d'Espagne, in Italian: Pan di Spagna, in Greek: Pantespani (Castile is a former kingdom of Spain comprising its central provinces, thus Pain d'Espagne and other variants are quasi synonymous to "bread from Castile").
Read more infomation at http://en.wikipedia.org/wiki/Kasutera
Sebenarnya tak pernah makan kek ni, saja nak cuba buat. Setakat ni semua resepi yg maisya tengok mesti ada letak madu....masa buat haritu takde stok madu kat rumah, memandai le modified sikit resepi tu. Outcome dia ok dan walaupun ianya sejenis sponge cake tapi tekstur dan rasa dia berlainan dari kek sponge yg biasa tu...mungkin kerana cara-cara dia agak berbeza, kek ni lembut dan moist je. Will have to try the original version yg ada letak madu tu next time.
Honey Castella
resepi asal dari cookpad.com
4 medium size eggs-pada suhu bilik
110g sugar(kisar halus)
100g bread flour or all purpose flour-ayak
2 tablespoons honey
1 1/3 tablespoons hot water
1-panaskan oven 180 C (maisya guna api atas dan bawah, suhu 170-175 C sahaja)
2-alaskan keseluruhn loyang 15x15x8cm dengan kertas minyak, lebihkan sikit dari ketinggian loyang tu. (maisya guna acuan 4 segi panjang 23x8x8)
3-larutkan madu dalam air panas, kacau sebati. Biarkan sejuk.
4-putar dengan high-speed telur dan gula hingga kembang dan pekat, lebih kurang 6 minit. Adunan akan naik 3 hingga 4 kali ganda dari yg asal.
5-tambah larutan madu sedikit demi sedikit. Gunakan medium-speed, putar lebih kurang 30 saat.
6-tambahkan 1/3 dari kuantiti tepung dan gaul sebentar dengan medium-speed, sekadar hingga tepung tak kelihatan...lebih kurang 2, 3 saat. Ulang langkah ini hingga tepung habis. Last sekali putar dengan medium-speed lebih kurang 50 saat. Pada peringkat ni adunan akan berkurangan volume nya berbanding masa sebelum masukkan tepung.
7-tuang adunan ke dalam loyang. Ambil lidi dan lalukan pada adunan beberapa kali secara melintang dan menegak untuk menghilangkan gelembung udara yg besar.
8-bakar dengan suhu 180 C selama 7-8 minit, kemudian turunkan suhu ke 170 C dan bakar selama 40-45 minit. Tutup bahagian atas kek dengan aluminum foil jika nampak dah gelap warnanya.(maisya guna suhu 170-175C untuk 7-8 minit yg pertama dan 160 C untuk 40-45 minit yg seterusnya. Maisya letak di rak bahagian bawah....tak tutup pon dengan foil)
9-alaskan cake board atau cutting board dengan dengan cling wrap...make sure permukaannya rata dan tak bekedut- ini utk menghasilkan permukaan kek yg rata dan licin
10-bila dah masak, keluarkan dari oven dan jatuhkan loyang dari ketinggian 10cm supaya kek menjadi stabil. (boleh omit this step)
11-angkat keluar kek dari loyang dengan mengangkat kertas minyak dan terbalikkan atas cake board yg telah dialas dengan cling wrap tadi( tak perlu tanggalkan kertas minyak).
12-bungkus keseluruhan kek( sekali dengan board ) dengan plastik yg besar- ini utk menghasilkan kek yg moist. Rehatkan kek dalam keadaan ini hingga sejuk...beberapa jam atau paling bagus untuk 24 jam.
13-bila nak potong, tanggalkan kertas minyak(bahagian yg letak atas cling wrap tu adalah bahagian atas kek)
*langkah 10-12 hendaklah dilakukan dengan pantas.
*gunakan pisau tajam yg dicelup dalam air panas kemudian lap kering untuk mendapatkan hasil potongan yg cantik setiap kali memotong kek
*kek ini asalnya dibakar menggunakan acuan yg diperbuat dari kayu. Untuk mendapatkan hasil yg sama disyorkan untuk bakar kek ni dalam acuan yg dibuat dari kertas. Maisya buat kotak guna manila kad untuk bakar kek ni...boleh juga gunakan kotak tisu yg dah kosong tu..potong bahagian atasnya dan stapler bahagian tepi-tepi tu supaya tak terbukak masa bakar nanti. Lepas tu lapiklah dengan kertas minyak. Don't worry tak terbakarnya...
Yg ni resepi yg dah maisya ubah sikit:
Yogurt Castella
4 medium size eggs-pada suhu bilik
120g sugar(kisar halus)
100g all purpose flour-ayak
3 tablespoons yogurt( maisya perahkan limau kasturi pada susu dan biar dia mendadih )
Ulasan
salam kenal!
salam kenal jugak
akakerin:
tq, tapi maisya tak update tiap hari tau..
maisya dah buat moi tu malam tadi, tapi disebabkan selsema dan hidung tersumbat tak dapat le betul-betul menikmati rasa sebenar moi tu.
Bal suka jenguk sini sbb kbykkan resepi simple but nice.
akak cuma adjust kuantiti yogurt tu supaya kuantiti liquid yg digunakan lebih kurang sama