Apam Betawi

Semalam dok belek-belek resepi cari idea nak masak apa utk breakfast...teringin nak cuba apam marble/marmar or apam indon tapi semua guna ovallete(takde stok kat rumah skrg)...so at last buat apam betawi ni....dah lama maklang(ulampegaga fotopages) post resepi tu kat FNR...few years back rasanya, baru ada kesempatan nak cuba. Maisya buat 1/2 adunan je ...rasa apam ni macam bahulu pun ada.




APAM BETAWI
Recipe posted by MAKLANG at FNR
sumber : SAJI

3 cwn tepung gandum
1 1/2 cawan gula kasar( maisya kisar halus supaya senang sebati dgn telur)
5 biji telur
1 sk baking powder
Esen vanila
Pewarna merah

Pukul telur+gula hingga kembang betui (kaler jadi putih dan pekat).Masukkan esen vanila.Baking powder + tepung gandum disatukan,gaul kasi rata dulu dan masukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit (kaup balik).Bahagi kepada 2 adunan, 1 asal dan 1 lagi merah.Tuang ke dalam loyang warna asal diikuti warna merah.Kukus 1/2 jam.Enak dimakan begitu saje atau bersama kelapa

Ulasan

tuan umah berkata…
kak maisya,bila ckp pasal apam ni kan,teringat mak sedara ct suka enor buat apam ni,tp tak taupun nama dia apam betawi,rasnaya ct panggil,kek apa ntah..dia memang ckp guna byk telo.
Maisya berkata…
ct,
memang kena guna telur byk sebab tak de bahan penaik yg lain...baking powder pun guna sikit je.
Tanpa Nama berkata…
teringat arwah nenek saya selalu buat apam betawi. Dah lama saya cari resepi ni, akhirnya ketemu di sini. Terima kasih Pn Maisya kerana berkongsi resepi ni.