Zutto Fuwa-fuwa Mushipan

He..he..tajuk kali ni dlm Japanese....resepi ni ambik dari cookpad.com, website resepi yg popular di Jepun.
** Zutto=sentiasa/always, Fuwa-fuwa=gebu/fluffy, Mushipan=apam(?) /steamed bread (cake) **
Secara ringkasnya bolehlah dikategorikan sebagai apam. Resepi ni memang mudah, bahan pun tak byk dan gerenti dpt hasil yg mekar/tersenyum lebar.



Zutto Fuwa-fuwa Mushipan
http://cookpad.com/recipe/747785

160 tepung kek(maisya selalu guna tepung gandum biasa je)
40g serbuk koko
2 sudu teh baking powder
100g gula halus
200 ml susu segar
4 sudu besar minyak
80g coklat chips

1.Panaskan kukusan.
2.Satukan gula, susu segar dan minyak.
2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth.
4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata.
5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan.
6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit

Gambar bawah ni maisya guna milo ganti serbuk koko
Yang ni plak tak letak coklat chips


Ulasan

Bal aka Zai berkata…
cantik mekar...
suesofieyya berkata…
weilah kena cuba nie..kita abik resipi ye..kagum nie sbb simple, senyum plak tk ingat..hehe
Bal aka Zai berkata…
Kak Maisya mcm kecur lak bila pandang hari2 ,,hahha
Maisya berkata…
sue,
sempoi kan bahan-bahan dia.

bal,
kena try buat ni
zu_e9 berkata…
emm..sedapnya..sedapnya..
nk kena cuba gak ni..
nmpk mudah n sng..hihi