Tuesday, June 1, 2010

Pulut Kuning & Rendang

Buat pulut kuning ni tanpa ada apa-apa sebab....saja je sebab dah lama tak makan. Rendang ayam plak kali ni buat lain dari kebiasaan. Selalunya Maisya buat rendang just campak semua bahan dan biar dia masak sampai kering. Kali ni cuba resepi yg perlu tumis dulu bahan-bahannya. My rendang ni terlebih merah plak padahal bukan pedas pun....maybe sebab tak letak kerisik.


PULUT KUNING
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568


Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula (maisya tak letak)

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk(lebih kurang 30 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi(lebih kurang 20 minit)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan(jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

RESEPI RENDANG AYAM
resepi oleh forumer Kebayan di forum cari

Step 1 : Beli seekor ayam kat pasar. Suh pokcik jual ayam tu kerat 9 atau 11. Balik rumah, cuci bersih ayam tu. Gaul dengan garam & serbuk kunyit. Goreng 5 minit dan asingkan!! Takyah garing sangat lah. Sebabnya.. satgi kan nak masak rendang.. (maisya tak goreng pun)

Step 2 : Blend lumat bawang merah 4 biji, lengkuas 4 hiris, halia 4 hiris, serai 4 batang dan air sikit. Semua angka 4 sebab senang nak ingat. Terlebih terkurang suka hati lah!

Step 3 : Panaskan minyak (letak banyak pun takpe). Tumiskan bahan blend tadi sampai kuning.

Step 4 : Masukkan 4 sudu besar cili blend. Kalau nak pedas, tambah la lagi bilangan sudunya. Kacau-kacau hingga garing supaya tak sakit perut nanti. Nak buat cili blend senang jek. Ambik 20 tangkai cili kering.. rebus.. pastu blend. Kalau malas dan nak senang citer, masa gi pasar tu.. beli jek cili boh.

Step 5 : Masukkan santan perah sebiji, serai 2 batang (ketuk), asam jawa sebesar ibu jari (ambik air jek), daun kunyit 2 helai (hiris tebal) dan kerisik 1 paket. Kacau atas api hingga naik minyak.

Step 6 : Masukkan ayam yang dah goreng tadi, garam dan gula (secukup rasa). Kacau sampai basah-basah kering. Yang ni letih la sikit sebab mau 1/2jam berdiri mengacau periuk/kuali.

Step 7 : Siappp!!! Leh makan ngan nasi lemak, lemang atau roti!

4 comments:

Bal aka Zai said...

laju je kak Maisya masak...

Maisya said...

Bal,
jangan tertipu...cuba tgk tarikh kat gambar-gambar tu..he..he.. dah lama dah gambarnya cuma malas nak update kat blog je.

Cik Nurul Amiera said...

akak...pulut kuning tu kalau masak dalam periuk nasi biasa boleh x??saya ni bujang..xde pengukus..hokhokhok..

lagi satu, camne kalau nak masak sikit je..kena kurangkan jumlah bahan2 la ye.hihihi..

TQ :)

Maisya said...

Cik Nurul Amiera,
Boleh masak dlm rice cooker....try tgk resepi kat sini http://decochoco.blogspot.com/2011/02/pulut-kuning-ekspress.html
Nak gune mikrowave pun boleh tapi tak pernah cuba lagi cuma pernah nampak beberapa org blogger masak guna mikrowave.