Tuesday, June 8, 2010

Nasi Goreng

Ini adalah 3 jenis nasi goreng yang selalu Maisya buat.

Nasi Goreng Kampung
Nasi sejuk (digaul dengan garam)
Bawang merah
Ikan bilis
Cili hidup(merah)
Kacang panjang (hiris halus)/ sayur sawi pun boleh

Tumbuk semua bahan kecuali kacang panjang( tak payah tumbuk sampai halus ).
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi.


*kadang-kadang tak guna ikan bilis tapi guna isi ikan goreng yang tak habis semalamnya.
*Boleh jugak tambah kicap dan sos tomato sikit.


Nasi Goreng Mudah( erk! tak tau nak bagi nama apa )
Nasi sejuk (digaul dengan garam)
Bawang merah dihiris
Ikan bilis
Cili kering dihiris lebih kurang 1 inci
Kacang panjang (hiris halus)

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan cili kering hingga agak garing, masukkan bawang. Tambahkan kacang panjang dan akhir sekali nasi.
Boleh jugak kalau nak tambah kicap sikit.


Nasi Goreng Telur
Nasi sejuk digaul dengan marjerin dan garam
Telur

Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sambil hancur-hancurkannya, bila telur 3/4 masak...masukkan nasi. Gaul rata dan siap!

2 comments:

suesofieyya said...

Sebenanrya rindu nasi goreng macam nie..pasni kena terus buat..eceh macamlah sblm nie nasi goreng kita grand2..tp seriuslah best sngt..nama lagi nasi goreng kampungkan..sure tingat mak goreng time kecik2 dulu bekfes sblm pie sekolah.

Maisya said...

sue,
kadang-kadang yg simple tu la yg sedap kan.