Sunday, June 6, 2010

Cheesy Wedges



POTATO WEDGES
http://zaliana.blogspot.com/2009/05/cheesy-wedges.html


kentang (jenis kulit merah lebih gebu)
air untuk merebus
tepung berperisa(tepung goreng ayam tu)
serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka)
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!


Sos Keju
http://amal5041.fotopages.com/?entry=1985098


200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (maisya guna yg warna kuning je)
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
50 ml susu segar
2 sudu besar sour cream (atau natural yogurt)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Caranya:
Guna pot non stick..cairkan butter dan masukkan tepung..gaul sebati kemudian masukkan susu dan dikacau hingga pekat .
Masukkan cheese..kacau hingga cheese cair...kemudian masukkan sour cream kacau sebati dan siap..