Monday, June 21, 2010

Mee Kuah

Mee kuah yang sempoi, sesuai waktu kurang rajin nak memasak.


Mee Kuah

Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
Cili kisar
Sos Tomato
Udang hidup
Mee
Sawi
Telur
Garam

Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak.
Masukkan air dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang hidup. Biarkan hingga udang masak.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan sawi yg dah dipotong-potong dan pecahkan telur ke dalam kuah. Biarkan hingga telur masak. Tutup api. Bolehlah dituang ke atas mee yg dah dicelur. Siap utk dimakan!

* Sayur sawi dan telur tu tambah ke dalam kuah bila nak makan, tak de la nanti sayur tu layu je.
* Boleh jugak kalau nak letak daging.

4 comments:

umeboshi said...

k.maisya...udang hidup?!! ehhe..
ish, nampak sedap je mi kuah ni, walaupun resepi sempoi je..kan????

Maisya said...

Noora,
udang hidup la sebab dia bukan udang kering :) ...Noora panggil apa?

boutiquecantik said...

salam sis,i mmg follower this blog..well suri rumah..nk msk yg simple je n nk cpt..dah try ur apam lenggang,arini nk try mee kuah lak..tp udang xde..letak fish ball boleh kot ek..:) wah d favorite..i slalu buat ur nasik goreng..hehe..ble bg email? tq..

Maisya said...

boleh je nak letak apa pun...email add mayzatt@yahoo.com