Thursday, June 3, 2010

Acar Buah

Kali kedua buat acar buah...sebelum ni guna resepi yg lain...this time is much better.. Oklah resultnya bagi yg tak berapa pandai masak ni kan...cuma macam kurang pedas sikit. Maisya buat sikit je beli asam buah sikit-sikit kat kedai, campur kurma, kismis, aprikot...tu je la yg ada. Maisya cuma guna 1 bwg besar(sederhana besar), 2 ulas bawang putih, 1cm halia, 1 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar serbuk kari ikan, 1/4 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/4 -1/2 cawan gula


Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka] -maisya tak letak-
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] -maisya tak letak-
jeruk limau -maisya tak letak-

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] -maisya tak letak-

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.


Nie acar buah yg maisya buat kali pertama dulu. Yang ni tak sama macam my mom selalu buat sebab mak selalu letak serbuk kari...tapi tak sure plak kari daging ke ikan.

Guna resepi yg ni:
Acar buah versi mom in law Kak Lynn Hassan
http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1


A:
1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih

sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

B:
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan
lama)

C:
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

D:
Buah-buah jeruk
Gula
Cuka
Bijan disangai

Cara :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A & B sampai wangi, garing
2. Masukkan bahan C dan buah-buah jeruk, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut
rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti buah2 jeruk jadi terlalu masam).
Kacau sampai naik minyak dan pekat. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan

(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa
banyak buah, agak-agak ajer.Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit,
biar agar berkilat

No comments: