Fatt Koh @ Huat Kueh

Resepi yg sangat sempoi...bahan-bahannya mudah dan hasilnya superb! Ada persamaan dengan mushi-pan yg maisya buat guna pancake mix haritu....tapi yg ni lebih sedap dan gebu. Resepi asal dari blog Lily Ng tapi maisya dah ubah sikit bahan-bahannya. Gula tu kalau rasa macam byk sila kurangkan, maisya rasa ok je.



Brown Sugar Fatt Koh

Ingredients:
250 gm self rising flour(maisya guna 240 gm tpg gandum + 3 teaspoons baking powder)
140 gm soft brown sugar(bukan gula merah tu tau..ni soft brown sugar yg halus tu)


100 ml air suam
150 gm santan pekat


garam

Method:
Panaskan periuk kukus.


Griskan acuan dengan minyak.
Larutkan gula dalam air suam, tapis dan sejukkan.
Campurkan semua bahan, whisk until thick and smooth.
Tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 90% penuh( supaya dia merekah dengan cantik).


Kukus dengan api besar selama 15 minit( atau lebih jika acuannya besar )

*maisya buat dapat 8 biji saiz besar

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Rasa dia macam kuih apam ke Maisya?

Kalau Maisya ada kelapangan, silakan ke Blog mama ye. There's something for your blog. Sudi-sudikanlah ya..
Maisya berkata…
mama,
ha ah...memang apam pun.

nanti maisya pi sana eh