Curry Laksa

Hidangan yg agak menarik...kuahnya tu basicly adalah kuah mee kari cuma ada tambahan daun kesum, bunga kantan, asam keping...macam buat laksa.... resepi asal ambik kat fotopages maklang tapi maisya buat ikut apa yg ada kat rumah je...



Curry Laksa Nyonya
http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1141163
sumber : chef lotffi

Bahan-bahan kuahnya:
Isi ayam dalam semangkuk kecil (maisya guna beef)
Udang sederhana besar dlm 15 ekor
Bawang merah 4 ulas } ditumbuk halus
Bawang putih 3 ulas }
Daun kesum dlm 3-4 tangkai - dihiris halus
Bunga kantan dlm 3-4 batang - dihiris halus
Cili blender dalam 6 sudu besar (tak letak..takut pedas sgt)
Rempah kari 6 sudu besar
Asam keping 1-2 keping
Air agak2 dalam 3 cawan..
Santan dari sebiji kelapa (maisya guna fresh milk)
Fish ball & fish cake (tak letak)
Garam & gula secukup rasa..
Serai (dititik )
*Maisya tambah kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang semasa tumis tu.

Bahan-bahan mee :
Mee kuning- dicelur
Taugeh -
Sengkuang - dihiris batang mancis
Timun - dihiris batang mancis
Telor - direbus
Limau kasturi
* maisya tak letak semua ni, Cuma letak sawi yg dicelur je

Cara-caranya :
Bawang putih + merah ditumis garing, masukkan cili blender, dah garing masukkan rempah kari, bila rempah dan terbit minyak, masukkan serai, tumis lagi sehingga garing, masukkan isi ayam tadi sampai agak2 garing sedikit...masukkan air, tunggu menggelegak baru masukkan bunga kantan + daun kesum tadi & asam keping. Bila dah hampir masak masukkan fish ball/fish cake, masukkan santan, lastly masukkan udang, gula + garam secukup rasa. Kuahnya taklah pekat.. tetapi taklah cair sangat

Ulasan