Bun Sosej Berpintal


Resepi dari kak Noormasri. Resepinya simple cuma susah sikit nak bentukkan dia...kak Noor ada ambik gambo step by step. Gambar-gambar di bawah ni gambar sumbangan kak Noormasri(Izinkan maisya letak kat sini ye)







BUN SOSEJ BERPINTAL
resepi sumbangan NoorMasri di FNR

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour) (maisya guna tepung gandum biasa, tambah baking powder 3/4 sudu kecil)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak (maisya guna 1 sudu besar marjerin & 2 sudu besar minyak)
250 ml air suam (warm)
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis

Cara membuat:

Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan air.
Gaul rata hingga jadi doh.
Tambah minyak dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Bahagi doh kepada 10 bahagian.
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
Letak sosej diatasnya kemudian gulung
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
Letakkan di atas dulang yg telah digris.
Ulang kesemua doh hingga habis
Biarkan doh tersebut naik sekali ganda.
Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata. Pipekan sos tomato dan mayonis.
Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 20 minit
( suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing- maisya guna suhu 175 C )
Sebaik sahaja dikeluarkan dari oven sapu marjerin/butter pada permukaan roti.
**Doh roti ni maisya peram dalam peti sejuk semalaman. Macam ni cara maisya buat:
Malam tu uli dan peram sampai naik 2 kali ganda lepas tu tumbuk-tumbuk buang anginnya dan uli sekejap. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam bekas bertutup( guna bekas besar dari doh tu sebab dia akan naik jugak walaupun letak dlam peti ais). Boleh nak letak dalam peti ais di bahagian bawah atas di bahagian sejuk beku tu(maisya selalu letak kat bahagian sejuk beku). Esoknya tu keluarkan doh, biar beberapa minit(supaya doh lembut). Kemudian tumbuk buang angin, uli sekejap dan bolehlah dibentuk ikut suka...gunakan tepung untuk tabur atas papan pencanai dan juga salut tangan sebab doh agak lembut. Dah siap tu biar sampai naik 2 kali ganda dan bakar seperti biasa.
Cara macam ni dapat le makan roti fresh baru bakar masa breakfast tanpa perlu ambik masa utk bancuh dan uli semua tu.

Ulasan

MyLilBundle berkata…
salam kak maisya!!!
ooo mcm tu ker nk wat pizza pintal tuh?? selalu i beli kt kedai jenuh dok telek camnoo nk wat bentuk camtu...rupernyerr kine gulung pintal2..bguihlaa kak maisya i ni tang membentuk mencorak2 mmg fail..tau bun bulat buh inti kt dlm tu jekk (mmg sah kine masuk kelas baking nih~huhu)

re: bubble rice tuh cr jek kt bhgn cornflakes nama len crispy rice..i selalu beli kt giant :D
humyrah@pinky180 berkata…
kak maisya...

sebelum simpan doh tu dlm peti ais, balut dgn cling film dulu kan.....

balut tu kena balut rapat2 ker...?klau balut rapat2 camna doh tu nak naik ye...?

satu lg, cara alex goh bentukkan bun ni pun mudah.....balut doh dgn sosej, kemudian potong seperti sikat.....

maksudnya jangan potong habis hingga hujung...._______
1111111 <----potong camni(mcm sikat kan..)
lepas tu tarik satu persatu...

sy penah try cara kak noor tp agak susah, tp lepas tengok step by step yg alex goh tunjuk dlm buku dier, senang sgt....

harap dpt membantu....
humyrah@pinKy180 berkata…
huhu knapa bentuk sikat sy tak jadi...

_____
11111...ha potong mcm ni....cam sikat..
MyLilBundle berkata…
kak maisya..
nnti mai umah sat amek award.. :D
muaaahhhh!!!
Maisya berkata…
shima,
tak yah gi kelas shima..kat internet ni byk info...

dulu selalu gak guna bubble rice ni utk buat biskut raya...skrg ni dah jarang jumpa kat kedai.

nanti akak pi ambik award tu ye.

humyrah,
tak payah balut rapat, just cover bahagian atas doh je. Biasanya akak lapik bekas tu dengan cling wrap lepas tu letak doh tu dan balut plak bahagian atas doh tu dengan cling wrap.

ooo...akak pernah nampak cara ni mamafami buat tapi tak teringat plak nak try...next time cuba cara ni plak.
Kisah Hati berkata…
maisya, huu... shida uli guna tangan je... api tak lembut sangat le... guna teknik water roux. maisya buat macam mana ek? tapi roti memang licin