Bukan Biskut Raya!
Yang ni ikut resepi dari Shima tapi dah ubah sikit ikut apa yg ada kat dapur Maisya je...so biskut ni dah tak jadik Double Choc Chip tapi jadik Biskut Nestum..he..he.. Sedap biskut ni...rangup je...bila start makan dah tak boleh nak berhenti!
DOUBLE CHOC CHIP COOKIES
resepi: shima (http://shima27.fotopages.com/?entry=1627736)
350gm butter (maisya guna marjerin)
1 cwn gula
1/2 cwn serbuk koko
2 1/2 cwn bubble rice/rice krispies (maisya guna nestum)
1 1/2 cwn choc chip (tak letak)
1 cwn mixed nuts - dibakar dulu hingga keperangan (tak letak)
1 cwn tepung jagung
2 cwn tepung naik sendiri
CARA:
1. panaskan oven 180 celcius(maisya guna suhu 160 C, api atas dan bawah)...sementara tu pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan serbuk koko...kacau sebati.
3. bubuh bubble rice, choc chip & nuts..kacau sebati lg
4. masukkan tepung sikit2...uli ngan tgn...
5. jemput2kan & susun atas dulang pembakar...bakar dlm oven selama 20-25min..
Yang ni plak ikut resepi kat fotopages kak Rinn tapi yg ni pun Maisya dah ubah sikit...sepatutnya biskut ni akan jadi sgt besar(sebab tu namanya giant) tapi maisya punya ni tak berapa nak besar, dah gatai tangan dok ubah sana-sini...kalau ikut betul-betul resepi asal mungkin boleh jadik giant kot?
GIANT CHOC CHIP COOKIES
recipe originally from martha stewart
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1209500
Ingredients:
2 cups multipurpose flour (maisya guna 1 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 cawan tpg jagung)
1 1/2 teaspn baking powder
1 teaspn fine salt
1 cup butter (maisya guna marjerin)
1 cup caster sugar (maisya letak 1/2 cawan je)
3/4 cup packed brown sugar, spooned and leveled (maisya letak 1/4 cawan je)
2 eggs
1 teaspn vanilla essence
12oz choc chips
Maisya tambah:
* Almond nibs
* 1 cup nestum
Instruction:
1. In a bowl sift together flour, baking powder and salt.
2. In a seperate bowl, using an electric mixer beat sugar and butter until light and fluffy.
3. Add in egg one at a time. Mix in vanilla essence and mix well.
4. Gradually add flour into mixture using plastic or wooden spatula. Mix just until
well combined.
5. Lastly add in choc chips, almond nibs and nestum. Mix.
6. Drop one big spoon mounds of dough onto ungreased baking sheets, at least 4 inches
apart from and away from edges of pan.
7. Bake 15mins to 18mins, rotating sheets front to back and from top to bottom.
8. Cool 1min-2mins on baking sheets. Transfer to wire rack to cool.
* The batter will spread tremendously and form a round shape cookie of about 4~5 inches in diameter...
Yang ni saja nak try guna strawberry emulco utk buat biskut...ok jugak lah...biskut ni agak soft.
STRAWBERRY COOKIES
1/2 cawan marjerin/butter
1/2 cawan gula
1/2 cawan sourmilk/yogurt
1 sudu kecil strawberry emulco
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
Pukul gula dan marjerin hingga sebati dan berkrim.
Tambah strawberry emulco dan kacau rata.
Masukkan semua bahan yg lain dan gaul rata.
Jemput-jemputkan guna tgn/sudu dan susun atas dulang oven.
Bakar 160 C, api atas dan bawah selama 15 - 20 minit.
Ulasan
cantiklah biskut² yg akak buat tu
tq..dah ambik dah.
zira,
rasanya kalau buh baking powder pon tak de lah mengembang sgt-sgt.Takut kalau tak bubuh nanti biskut keras plak..
Antara tips yg pernah akak baca, kalau tak nak biskut tu hilang bentuk:
1) gula dan butter tu jgn pukul terlalu lama..cukup sekadar gula tu sebati dgn butter(seeloknya guna gula halus atau kisar sampai halus so tak payah pukul lama sgt). Overmixing adalah salah satu sebab cookies akan mengembang ...biasanya akak tak guna mixer pun kalau buat cookies.
2) sejukkan dlm petiais biskut sebelum bakar. Ini akan mengekalkan bentuk biskut tu
3) jangan biarkan butter terlalu lembut/lembik sebelum digunakan...agak-agak boleh ditekan dgn jari tu dah ok
4) jangan letak biskut tu( yg belum dibakar) atas loyang yg masih panas...sejukkan dulu loyang baru guna.