Wednesday, April 11, 2007

Apam Aiskrim


Uwaa...tension jer buat apam ni...walaupun bentuknya cute dan rasa pun sedap tapi nak buat tu leceh sikit. Kon kertas tu asyik tergolek je kat dalam periuk kukus tu, tak mau duduk tetap. Maisya buat kecik jer ada le saiz mini cornetto tu tapi buat sikit jer, yg lain tu buh dlm acuan muffin jer, senang kerja..he...he..jadikler aiskrim bentuk cup plak.
maisya guna kertas minyak/baking sheet tu so dia lembik sikit. Rasanya better pakai kertas yg keras sikit kot...tapi kertas minyak ni senang le nak bukak kertas tu bila dah masak....kalau kertas yg keras tak tau le macamana ek? kertas A4 tu ok kot, keras le sikit dari kertas minyak ni.

Apam Ice Cream
recipe by MIL Erna posted at MamaFaMi's FP http://mamafami.fotopages.com/?entry=1100329

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir
3/4 cawan ice-cream soda / sprite / 7up
1 sudu essence rose
sedikit pewarna merah
kertas secukupnya (5.5 in x 4 in) - dibuat bentuk kon

Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati perlahan-lahan.
4. 1/4 adunan warna merah, yg selebihnya biar kuning.
5. Masukkan kon kertas ke dalam lubang kukusan.
6. Tuang adunan kuning kemudian merah.
7. Kukus 15 min.

No comments: