White Stew/Cream Stew





White Stew/Cream Stew
sumber: Bistro SMAP's Complete Recipe book
hidangan utk 4-6 org

Bahan A:
Isi ayam-digaul dgn garam dan lada sulah
3 ubi kentang
2 carrot
1 bawang besar
1 broccoli
5 cendawan butang
2 celery
15 kacang buncis

Bahan B:
60g butter
60g tepung gandum
5 cawan susu segar suam
5 cawan stok ayam @ kiub ayam dilarutkan dgn 5 cawan air
1 helai laurel/bay leaf ( tak de pun tak pe la...)
garam
lada sulah
1 1/2 cawan fresh cream

Bahan C:
200g twist macaroni/fussili - direbus sehingga lembut, ditos

Cara:
1. Semua bahan A dipotong kecil/saiz yang sesuai
2. Cairkan butter dalam periuk dan goreng sebentar semua bahan A.
3. Alihkan periuk dari api. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Letakkan semula periuk atas api dan tambah susu. Gaul rata dan tambahkan pula stok ayam dan daun laurel. Gaul rata dan masak sehingga semua bahan empuk dgn api yg sederhana. Kacau sekali sekala.
5. Tambahkan garam dan lada sulah mengikut citarasa.
6. Tuangkan fresh cream sejurus sebelum tutup api. Kacau hingga sebati.
7. Makan bersama twist makaroni/fussili.

*boleh juga gunakan susu cair yg dibancuh dgn sedikit tepung jagung bagi menggantikan fresh cream.

Ulasan

hanny berkata…
maisya...oishisoone....nak try buat la......stew stew nih favourite budak2..
Maisya berkata…
Dulu selalu buat masa fuyu(winter)...time-time sejuk makan stew ni memang best!
nazura76 berkata…
ari ni makan stew ni for dinner... tapi may be terlembik sket la brocolli... nak kasi sama masak dgn kentang ler tu... Ahahaks... sahih Mamanyer carik lauk lain mlm ni(tak sukaaa la white cream but it's Adia ngan Papa fav)
Maisya berkata…
zura,
tak suka eh? Saya suka tapi malas nak buat selalu