Apam Tapai & Apam Marmar

Kat kg Maisya...famous gak apam yg letak dalam daun pisang macam ni tapi Maisya tak tau resepi dan nama sebenar apam tu...gebu dan putih melepak je apamnya. Yang ni apam tapai biasa je tapi saja alas loyang dengan daun pisang. Apam tapai selalunya guna eno tapi maisya malas nak ke kedai semata-mata nak beli eno so guna yis kering ...nasib baik jumpa resepi ni kat Fp kak Masriyah.


APAM TAPAI BERAS
resepi asal dari http://mariha.fotopages.com/?entry=1582325


Bahan A
1/2 cawan tepung beras ] ayakkan
1/2 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan gula
1/2 s/kecil yis kering

Bahan B
1/2 cawan tapai nasi
3/4 cawan air

pewarna (jika suka)

kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bubuh pewarna jika mahu.
4. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
5. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
6. Sapukan minyak pada loyang/alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan.
7. Kukus selama 10 - 12 minit.
8. Bila telah masak sejukkan.
9 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.



Apam yang ni plak memang dah terkenal kat alam siber ni...Gebu dan lembut.



Nie sukatan untuk separuh dari resepi asal


APAM MARMAR
http://www.myresipi.com/top/detail/871

resepi dari Mat Gebu di myresipi

1 cawan tpg gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
100 ml santan
1/2 cawan gula halus
1 biji telur Gred A
1/2 camca teh vanila esen
1/2 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

-Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
-Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
-Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
-Dalam loyang yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
-Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Ulasan

jasmeen berkata…
Apam marmar ni mmg gebu mmg sedap...tp kalo family akak, bln puasa mmg x layan ngan apam..:)
zira berkata…
lawanya apam tu..lama dah tak buat

kak maisya..zira nk tanya sikit nih..akak penah buat biskut tembikai kan?kalau nk letak apa² perisa boleh tak?pastu bijan hitam tu kena gaul skali ngan tepung ker atau buh kat luar ja
Maisya berkata…
kak meen,
bulan puasa ni memang jarang buat kuih...yg wajib ada puding/agar-agar je.

zira,
akak ada jumpa resepi biskut tembikai versi Indonesia...dia ada letak melon flavour. Tak sure kat kedai ada jual ke tak...kalau ada boleh letak yg tu...
kalau nak cantik bijan tu susun/lekatkan lepas dah potong-potong tapi akak malas so gaul sekali je dengan adunan merah tu.

Kalau nak try resepi yg dari Indonesia tu cuba pi kat link ni, akak rasa cara yg ni lagi senang dan cepat nak bentukkan tapi resepinya plak byk bahan:
http://bunda-adit.blogspot.com/2006/12/water-melon-cookies.html
zira berkata…
tkasih yer kak maisya..tgk resepi yg indon punya tu punyalah banyak bahan dia..
zira berkata…
tkasih yer kak maisya..tgk resepi yg indon punya tu punyalah banyak bahan dia..
Salam maisya,

ada hadiah dari shinky menanti maisya di blog shinky....jemputlah singgah untuk ambil yer :)
tuan umah berkata…
salam

kak maisya-bila tgk gmbo apam marmar ni,tingat ct pernh buat jugak-buh gelas t tgh sb takde baking mould chiffon.
Maisya berkata…
ct,
akak ada acuan chiffon tapi tak muat plak nak letak dlm kukusan tu