Roti Canai

Ini ntah kali yg keberapa buat roti canai guna resepi dari Niceghost ni....rasanya kali ni paling berjaya antara cubaan-cubaan sebelum ni. Dulu selalu senang koyak bila tebar dan tarik doh tu dan bila masak plak jadik keras sikit...rasanya teknik buat tu tak berapa betul... dulu adunan tu maisya tak uli betul-betul...kali ni maisya uli macam buat roti tu( dah namanya pun roti kan...)...dekat 15 minit dok uli dan banting adunan tu barulah peram. Hasilnya baru la ok...tapi still tak perfectlah macam kedai punya kan. At least kali ni anak-anak pun makan laju jer.

Ni gambar masa ntah bila punya...dah lama sgt simpan gambar ni...beberapa tahun yg lalu punya gambar rasanya. Tak reti nak buat yg style sanggul tu so just lipat-lipat jadik bentuk 4 segi.

Yang ni yg paling latest...oklah kan rupa dia. Baru berjaya buat yg style bulat ni.

Ni letak telur so jadiklah roti telur

Yang ni buat tahun 2006...buat murtabak.


ROTI CANAI
resepi sumbangan niceghost99 di FNR

3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.

Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu


Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais


Nie gambar step by step cara nak membentuk roti canai.
Bentuk 4 segi:


Bentuk sanggul

* untuk bentuk sanggul ni lepas doh ditebar senipis mungkin, tarik satu hujung sambil lipat macam nak buat kipas kertas tu. Lepas tu gulung dari dua arah, tindih 2 gulungan tu dah tekan sikit. Bila nak masak leperkan sikit guna tangan.


Ulasan

Bal aka Zai berkata…
Rajin Kak Maisya mencanai roti..bln puasa ni..Bal pernah gak cuba..liatla..lum ada seru nak cuba lagi..
PINATBATE berkata…
MAISYA..

Roti canai sanggul tu mengingatkan kakpinat pada aruah nenek kakpinat yang baru meninggal ..Dia lah yang mengajar kakpinat buat roti canai begini dulu, tarik dalam talam sampai nipis macam singlet pagoda..tapi jangan koyak..katanya..
Maisya berkata…
bal,
akak bulan puasa jarang makan nasi...2,3 hari sekali barulah masak nasi..tu yang rajin buat roti canai plak.

kak pinat,
maisya dulu-dulu memang tak pernah sangka roti canai ni boleh dibuat kat rumah...sebab mak or opah memang tak pernah buat..
zira berkata…
salam kak maisya..rajinnya akak menguli nk buat roti canai tu..dok tgk mak buat macam renyah ja..tu yg malas nk cuba..
kak e berkata…
salam maisya,
ur sis bg link ni. i'm her friend from school dulu. anyway, sy dh lama nk buka blog masakan, cuma, tak berkesempatan. blog santai2 tu pun tak terupdate! keep up the good work. i will link u 2 my blog. take care.
MyLilBundle berkata…
salam kak maisya...
sedapnyer roti canai..
i penah cuba resepi ni tp x pandai canai n tebar so keras laa jdnyer..
tgk akak wat nampak lembut betui yerr...maybe nak try lg sekali laa kot hihi
duya berkata…
Sis,

mak penah buat la dulu.. ingat lagi guna belakang talam untuk bagi jadi nipis tu..
Maisya berkata…
zira,
memang renyah sikit..tapi bila menjadik tu bestnya.

kak e,
tq. Blog ni pun time rajin je baru updatenya.

shima,
cuba lagi shima...akak ni pon dah berkali-kali buat baru le nampak ok sikit...berapa byk kali dah buat jadik keras, tapi makan jugaklah...keras-keras pun.

Nyah,
Eh, mak pernah buat ke? Apsal tak de dalam memori ni..he..he..zaman bila punya cerita tu?