Savoury Quickbread

Haritu ada tengok Chef Wan buat savoury muffin kat tv...tak salin le plak resepinya. Dia kata boleh nak letak dalam bekas muffin or just letak dalam loaf pan. Nie maisya modified dari resepi Basic Muffin Sue supaya jadik savoury muffin dan bakar dalam loaf pan. Sangat sesuai kalau buat untuk breakfast.


SAVOURY QUICKBREAD

Bahan A
2 cwn tpg gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
* tpg gandum & baking powder tu ayak 3 x

Bahan B
1 biji telur size besar
1 cwn susu segar
1/4 cwn minyak
* bhn B ni satukan, just pukul dgn whisker untuk sebatikan

Bahan C
1/2 labu bawang besar -dihiris
2 sosej - dihiris
daun sup/daun bawang/kucai -dihiris
garam
minyak utk menumis
serbuk lada hitam
1/2 lobak merah - dihiris halus

Bahan D
Sos tomato

1. Panaskan oven 175'C.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga sedikit layu. Tambahkan sosej dan lobak merah. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata. Masukkan daun sup/daun bawang/kucai, gaul rata dan tutup api. Setelah sejuk, campurkan bersama bahan B. Kacau rata.
3. Gaul rata bahan A. Lubangkan di tengah-tengah.
4. Tuangkan adunan dari langkah 2. Kaup balikkan adunan, jgn terlalu lama menggaul.
5. Tuangkan ke dalam loaf pan yang sudah digris dengan butter. (boleh jugak letak dalam muffin pan )
6. Sapukan sos tomato pada permukaannya.( kalau nak letak mayonis atau cheese pun boleh jugak )
6. Bakar guna api atas dan bawah, bakar selama lebih kurang 30 minit.





ni gambar-gambar roti yg buat kebelakangan ni:

Yang ni semua guna resepi
Bun Sosej Berpintal...cuma tukar rupa dan inti dia je.
Letak jem strawbrry kat atas dia.


Inti sardin
Nie pun inti sardin. Cara maisya buat bentuk bun ni boleh tengok gambar bawah ni
Canai bentuk 4 segi panjang, letak inti kat tengah. Potong menyerong dengan pisau kat kiri dan kanan. Lipat bahagian kiri dan kanan berselang-seli menutupi inti tu.



Nie guna resepi yg sangat berguna tatkala malas nak menguli tapi terasa nak buat roti...
Double-Quick Bread



Ulasan

Bal aka Zai berkata…
Nampak Sedap2 mesti rasa pun lazat..yummm..
zira berkata…
salam kak maisya..sudi² lah p ambik kad raya kat fp zira tu yer
My Rayyan berkata…
hai maisya...saya nak add blog awak kat blog sy eks..lepas tu sy dah try resepi savoury quickbread ni..sedap thanks...dpt tau resepi ni dr Cik mus :)
Maisya berkata…
My Rayyan,
Boleh je nak link kan....terima kasih kerana cuba resepi yg ada kat sini.