Homemade Tauhu

Lepas dah buat air soya, try buat tauhu plak...sejak terbaca cara-caranya yg sempoi kat fp sue , memang dah plan nak buat. Bila dah berjaya buat air soya sendiri maisya pun ambik sikit air soya tu(masa tgh-tgh panas lagi) dan campurkan dengan cuka sikit-sikit sampai le dia mendadih. Lepas tu tapis,perah dengan kain dan tindih dengan benda berat utk keluarkan lebihan airnya. Menjadik jugak...tak sangka. Tapi tauhu ni keras sikit, tak macam kat kedai tu still boleh goyang-goyang sikit tauhunya. Maybe sebab buat sikit dan nipis je, nanti akan cuba buat dlm kuantiti yg banyak plak.
Haritu maisya memang buat sikit sebab nak try dulu so dapat le seketul kecik je.Tak bubuh dlm acuan apa-apa so bentuknya bulat. Lepas tu maisya potong 4 dan goreng.
Dah goreng tu hiris nipis plak sebab nak tabur atas kuey teow.

Ulasan

Bal aka Zai berkata…
kak maisya buat tahu lak,,bestnya nanti bal pun nak cuba buat.
Maisya berkata…
Bal,
cubalah..tak susah mana pun.
akakerin berkata…
Assalamualaikum maisya,

Amboi pandai reka sungguh maisya ni no!
salam perkenalan maisya, akak tinggal kat Penang ni saja.
Maisya berkata…
akakerin,
mana ada pandai reka...semua tu ikut resepi je
tuan umah berkata…
kak maisya,

ct kan terpegun sungguh tgk hasil masakan kak maisya..ct teringin nk cuba teknik roti tuh..tp takut pulak sb pakai breadmaker,takut larik sukatannya..
akakerin berkata…
Maisya kalau akak nak buat udon tu,uli dgn.tangan saja jadik dak?dalam udon tu apa lagi akak boleh letak (ayam and veg ok tak?)
Barang2 utk.oden tu boleh dak akak dapatkan dari kedai jepun kat Penang?
lagi satukan Maisya,akak suka makan udon goreng,tapi tak tau resepi,boleh tunjukkan?
soulha,cairo berkata…
akak dh cuba yerk..oklah kan..mmg tauhu nie tk berapa gegar sngt..tp bolehlah bagi yg dok jauh mcm kitaorng nie..rasanya klu yg nk mcm komesel tu kena ltk ubat khas dia kot.

sedapnya tngk char kue tiaw kt bawah tu..suka sngt..bila tengok ada soso homemade tu..nanti boleh cuba..tp mcm bnyk bahan plak tkder kt sini..

akak sue nk tanya ttng udon jgk..udon nie sedap tk makan dng kuah laksa..nk cuba homemade udon ler rasanya..thnk sharing resepi tu yer
Maisya berkata…
ct,
boleh saja guna breadmaker sebab resepi yg akak ambik tu asalnya dia guna breadmaker jugak.

akakerin,
udon tu boleh je nak uli dgn tangan cuma guna tenaga yg lebih sikit je.Selalunya udon ni very simple dish..Japanese tak masukkan ayam or byk-byk bahan dlm tu, tapi kalau nak bubuh ok je, ikut citarasa kitalah.
Barang utk oden tu maisya pun tak pasti ada jual ke tak sebab tak pernah mencari pun...tapi kalau ada and nak beli, baca ingredients dia betul-betul ye sebab Japanese ni suka letak mirin(alkohol) dlm food diaorg.
Udon goreng, maisya tak pernah makan le plak...ni goreng style msia ke?

sue,
ooo...memamng keras sikitlah tauhu ni ye...oklah kan dah namanya pun homemade, mana nak sama dgn yg kedai tapi at least kita tak letak byk chemical dlm tu.
memang pun maisya makan udon tu dgn kuah laksa sue oooi...sesuai sgt!