Cheesecake Squares
Ni satu lagi buah tangan yg dibawa ke majlis hari raya haritu...cheesecake dengan sponge cake sebagai base. Buat nipis je supaya senang nak makan dan boleh dapat byk sikit.
CHEESECAKE SQUARES
base:
2 telur saiz B
2 1/2 sudu besar gula halus
3 2/3 sudu besar tepung gandum
1/3 sudu besar susu tepung
2 2/3 sudu besar butter(dicairkan)
1/3 sudu teh baking powder
1/3 sudu teh esen vanilla
1/3 sudu besar ovalette
-panaskan oven suhu 170 C, api atas dan bawah.
-alaskan loyang dengan kertas minyak hingga menutupi keseluruhan loyang( termasuk bahagian tepi-tepinya )
-pukul dengan high speed semua bahan kecuali butter selama 5-7 minit, hingga gebu dan pekat
-tambahkan butter cair dan kaup balik(fold in) hingga sebati.
-tuangkan ke dalam loyang(maisya guna loyang 9 inci x 10 inci)
-bakar selama 20 minit( di rak tengah ).
-setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan.
-setelah sejuk masukkan semula kek ke dalam loyang( sekali dengan kertas minyak )
cheesecake:
200gm homemade cheese - boleh guna cream cheese
1 bekas yogurt(150g)- plain or any perisa
250g susu pekat manis
3 telur (saiz B)
jus lemon/limau nipis
-isikan dulang oven dengan air panas dan letakkan di rak bawah sekali. Panaskan oven dengan suhu 170 C, api atas dan bawah .
-pukul cheese bersama yogurt hingga gebu
-tambah susu pekat perlahan-lahan dan pukul hingga smooth
-tambah jus lemon dan telur satu persatu, pukul hingga sebati
-tuangkan adunan cheesecake ke atas kek span. Masukkan ke dalam oven( di rak tengah ). Bakar selama 50 - 55 minit.
-sejukkan sebelum dipotong.
*kek span tu akan kecut sikit bila dah sejuk so saiz dia akan jadi kecil sikit dari loyang. Boleh pindahkan ke loyang yg lebih kecil atau guna je loyang yg sama bila nak tuang cheesecake tu. Kalau guna loyang yg sama..bahagian-bahagian tepi tak cantik sikit lah sebab tak cukup base sponge cake tu...boleh je trim sikit bahagian tepi tu bila nak potong-potong.
Ulasan
xdelah terabur sane sini cookie crumbs tu.
nk tny la kak..
akk mmg sllu buat sendiri ke cheese?
mcm yg akk pernah post kt FnR dulu tu?
cottage cheese tu?
senang x nk buat nye kak?
hehe banyak songeh pulak wani ni :D
memang akak selalu buat sendiri je cheese...tekak akak ni ok je terima...tapi kalau orang yg taste dia mahal sikit tu(he..he..) tak tau la boleh terima ke idak.
Nak buat cheese ni kena try byk kali jugaklah baru berjaya...mula-mula buat dulu langsung tak jadi cheese. Wani boleh refer kat link ni utk cara-caranya:
http://-maisya-.blogspot.com/2008/05/homemade-cottage-cheese.html
wah..terlioq ngn kek lah pulak masuk blog maisya..chaiyok! chaiyok!
sihat ka? jom la buat kek.
one more thing nk tny psl homemade cheese ni.
dekat entry psl homemade cheese tu akk ade state yg if nk buat cheese for cheesecakes, kene guna lemon juice instead of cuka?
biasanya akk guna cuka or lemon juice utk buat cheese utk diguna dlm cheesecake batter?
hehe, wani mcm nk try je buat cheese tu.
dh hbs exam ni, mcm2 dlm list nk buat :P
sebenarnya mana-mana pun ok cuma kalau ada stok lemon/lime/kasturi tu kat umah, akak guna yg tu sebab benda tu bahan semulajadi...kalau tak de baru guna cuka ...cuka ni tindakbalas dia kuat sikit so tak perlukan kuantiti yg byk.