Spinach Pasta

cuba buat spinach pasta...before ni dah selalu buat yg plain je so try yg lain sikit. Resepi dan cara sama je macam pasta biasa cuma tambah bayam. Oklah jugak resultnya walaupu n tak berapa nampak hijau, maybe kena bubuh lebih sikit bayam tu. Maisya masak macam biasa dengan sos spagetti je.





Spinach Pasta ( for 3 person )

Secekak bayam hijau(sebenarnya tak berapa sure sukatan ni...agak-agak je la)
3 biji telur(large)
3 cawan tepung

1.Mula-mula basuh bersih-bersih bayam dan ambik bahagian daunnya sahaja, toskan.

2.Masakkan sebentar bayam tadi dalam kuali (tanpa minyak) sehingga bayam layu.(refer gambar)

3.Biarkan sejuk lepas tu perahkan bayam tadi untuk buang lebihan air.

4.Cincang halus bayam tadi.

5.Sediakan tepung dan buatkan lubang ditengahnya, pecahkan telur dan tambahkan bayam yg telah dicincang tadi kat lubang tu(refer gambar)

6.Gaul telur&bayam dengan tepung sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga jadi doh. Kalau rasa adunan agak kering(sebab maybe guna saiz telur yg kecil) ,bolehlah tambah air sedikit (tambah air satu sudu besar dulu dan uli kalau rasa tak cukup tambah lagi satu sudu besar dan seterusnya...doh jangan lembut sangat, sekadar tak terlalu kering je).

7.Rehatkan doh lebih kurang 30 minit( lepas direhatkan doh akan jadi lembut berbanding awal-awal tadi so kalau before direhatkan doh dah lembut sangat nanti lepas direhatkan jadik terlalu lembut plak....susah nak handle nanti)

8.Bahagikan kepada beberapa bahagian yg kecil dan proses selepas ni kena guna mesin mee/pasta( nak guna rolling pin pun boleh cuma kena kerja keras sikitlah).

9.Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal).Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan

10.Pilih ketebalan yg dikehendaki , gelek utk kali terakhir disini.

11.Sidaikan kepingan pasta ni untuk 10-15 minit.(refer gambar)

12.Lalukan kpd bahagian juraian mee. Ulang begini sehingga abis (tabur tepung jika perlu)

13. Pasta yg siap boleh terus direbus atas dibiarkan kering untuk kegunaan kemudian.

Ulasan

Kmal berkata…
Salam Maisya,
Homemade pasta...best ni...siap ada resepi lagi..nanti boleh cuba buat sendiri.tapi kmal tak de mesin mee tu...re: T/kasih atas kata semangat utk anak kmal..tu le..asal memang minta MRSP PDRM Kulim..tapi dapat Pendang..tak pe la..janji dapat.
Pinchesska berkata…
salam maisya..

waduh waduh....rajin btul gelek pasta sendiri..tq for the step by step...bila angin R mai, boleh le try..
Bal aka Zai berkata…
nampak sedap pasta kak Maisya, Rajin gelek 2..pasta
afiza berkata…
sedapnya mayzat... bila la aku dapat buat nih....
pinatbate berkata…
orang rajin selalu untung
Maisya berkata…
Kak amal,
seronok gak sekali-sekala buat sendiri ni..

Pinchesska,
memang kena tunggu angin R yg kuat sikit.

Bal,
sekali-sekala je...kekadang tu just beli je

Apit,
Nie untuk org yg Hima bolehlah buat...

kat pinat,
memang untung kalau buat sendiri..pasta ni mahal jugak kalau beli.
Ana berkata…
salam maisya, lama x masuk blog maisya ni...wahhhh rajinnya wat sendiri pasta ni...
MyLilBundle berkata…
salam kak maisya..
wahhh cantik gilerr pasta akak..terer nyerr wat sendiri!! mmg nampak besh jekkk tgk..berkhasiat sungguh nih!
Maisya berkata…
kak Ana,
tetiba datang angin rajin...

Shima,
kalau rajin cubalah...
zanaz berkata…
rajinnya maisya wat pasta sendiri. sonok ah...