Friday, March 6, 2009

Bahulu Lapis

Resepi asal untuk buat bahulu gulung tapi maisya buat style lapis. Lapiskan macam buat kek lapis; masak satu layer lepas tu sapu jem dan tuang layer seterusnya sampailah habis. Each layer masak dalam 10-15 minit.



Bahulu Gulung
Resepi dari dayang_jack di myresipi
http://www.myresipi.com/top/detail/6819

Bahan-bahan ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )
90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
3 biji telur A
5 sb gula halus
1 sdt esen vanilla / jus lemon
2 sb jem raspberi
sedikit gula halus utk taburan

Cara-cara
Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
Panaskan jem raspberi sehingga cair.
Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang

5 comments:

MyLilBundle said...

salam kak maisya..
cantiknyerr bahulu lapis dia!
menjadi elok pulak tuuu...
sedap betoiii ni nak2 pulak jam nanas..ermm ni yg wat org teliur tgk nih..bahulu2 ni pantang tolak..

Bal aka Zai said...

rajin Kak Maisya wat bahulu lapis

Maisya said...

shima,
elok ke camtu...pecah-pecah sikit la bila potong.

bal,
tu time rajin

CikMan said...

Assalaamu'alaikum wbt,

Pn.Maisya,
Hebat betul anda memasak.
Dah lama gak belek-belekblog ni,
ada aje resipi baru ek?

Sekarang berniaga ke?

Wassalaam.

Maisya said...

Cik Man,
Rajin jenguk dapur ni ye...dapur kat rumah sendiri tu selalu jenguk tak?He..he..

Tak de bisnes la, buat utk makan sendiri je.