Kuih Lapis Jagung-Koko

Lama tak buat kuih lapis...ada lebihan jagung krim selepas buat apam balik haritu so buat kuih lapis jagung-koko ni. Ni kali kedua buat. Warna tak berapa ceria la...lain kali kena tambah coloring skit kalau nak cantik.

KUIH LAPIS JAGUNG
0leh Kak Liza (Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis)

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jagung ]
1/2 air ] mesinkan

1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


Kat bawah ni gambar masa buat dulu-dulu.

Ulasan