Roti Burger



Cantik plak roti burger yg maisya buat kali ni( sorry le puji diri sendiri..he..he..). Masiya guna resepi utk pau yg dah ditokok tambah sikit. Roti dibelah dan disapu sedikit marjerin/butter kemudian dilapiskan dgn daun salad, sos tomato dan jugak tuna-mayonis.

ROTI BURGER
2 cawan tepung gandum
2 camca besar susu tepung
1 camca teh yis kering
1 sudu besar gula
garam
1 camca besar marjerin/butter
1/2 cawan air suam
1 biji telur

1.Campurkan tepung, garam, susu tepung dan yis. Gaul rata.
2.Larutkan gula dlm air suam.
3.Campurkan telur dan air gula kepada campuran tepung tadi. Gaul rata hingga dapat dikepal jadi doh. Air yg diperlukan mungkin lebih atau kurang dari sukatan.
4.Campurkan marjerin/butter kepada adunan. Uli rata hingga lembut dan elastik lebih kurang 15 - 20 minit.
5.Rehatkan doh 15 minit.
6.Buangkan angin dan uli sebentar doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil(maisya bahagikan kepada 6).
7.Rehatkan doh 10 minit.
8.Bentukkan doh bulat-bulat dan leperkan sikit supaya cantik rupa roti burger tu nanti( dia tak membukit). Susun dalam loyang.
8.Rehatkan doh 30 minit atau hingga naik 2 kali ganda.
9.Sapukan kuning telur yang dah dicampur sedikit susu atau air pada permukaan roti. Taburkan juga bijan.
10.Bakar dalam oven yg dah dipanaskan (suhu bergantung pada oven masing-masing) hingga masak atau hingga permukaan roti bewarna perang.

Ulasan

tuan umah berkata…
maisya..bkn u puji..i pun puji..mcm kt kedai la..oo pakai resipi pau tp u buh telur kn?cntikla..teringin nk try.
Maisya berkata…
ye, guna resepi pau tu tambah telur dan guna butter/marjerin(selalunya buat pau guna minyak masak)
soulha berkata…
betoi tu kak maisya mmg cantik sngt bulat betoi..
hanny berkata…
eh...santiklah tuh..macam beli kat kedai..kat kedai pon tak cantik cam nih....
tuan umah berkata…
lum wat lagi,nanti d buat,kita kasi repot..sebab jeles ni tgk maisya buat,cantik aaa
Maisya berkata…
soulha, bulat cam muka tuannyer kot..he..he..

hanny, tq
nazura76 berkata…
wow...cantiknyer... nanti nak try la... Kekkou susah jugaks skrg nak carik roti kat nihon nih... Ari ni tgk boleh makan... esok lusa... dah ada Doubustu shibo dah... isk... Kene rajin baca... Ni kalu + resipi burger ari tu... best nih ;-)
Maisya berkata…
zura, kalau selalu makan roti ..beli ajalah breadmaker, senang kerja. Tak payah risau nak check ingredients apa suma.