Acar Ikan Masin

Try buat acar ikan masin semalam....jadik ke ni? Tak pernah makan, tapi sedap cuma tak pedas sebab tak bubuh cili api tu....kalau bubuh cili api nanti hubby tak makan plak! Sukatan tu maisya tak ikut sebab malas nak berkira-kira, buat sikit jer...main campak jer bahan-bahannya sesedap rasa..he..he。Ikan pun tak tau ikan apa yg maisya guna…tak kenal, main ambik jer ..he…he..Maisya rendam dulu ikan masin tu dalam air biar hilang sikit masinnya tu.

ACAR IKAN KERING
sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih

2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }

Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
Cuka
Gula

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.


Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan
selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas

Ulasan

umeboshi berkata…
nampak best sungguh acar ikan masin tu. kiter dah lama teringin nak buat acar ni, tapi tak pernah lagi coba.
Maisya berkata…
sedap nora, tapi nanti nak try resepi kak liza le plak, lagik meriah ingredients dia...cam best jer.