Puding Roti (Kukus)


Satu lagik resepi campak-campak....the day before tu ada buat roti tapi tak berapa menjadik, agak keras so daripada membazir tak dimakan, buatlah puding roti ni....kalau nak resepi yg tepat boleh refer entry sebelum-sebelum ni, rasanya dah bubuh. Kali ni buat tak de sukatan langsung.
-Potong-potong roti dan susun dalam loyang. Maisya bubuh carrot yg diparut pada setiap lapisan roti.
-Ambik marjerin sikit, ada le dlm 2 sudu besar. Lepas tu pukul dengan gula( gula bubuh dlm beberapa sudu besar...tak ingat).
-Dah agak gula tu hancur , masuk telur sebiji...pukul rata.
-Tambah dalam 1/2 sudu besar tepung kastad/jagung. Pukul rata.
-Lepas tu tambah susu( agak-agak sampai hampir tenggelam roti)...dah gaul rata, tuang ke dalam loyang yg berisi roti tadi. Kalau adunan susu tak cukup, tambah je susu lagi.
-Tekan-tekan sikit roti tu nak bagi meresap semua aduanan.
-Last sekali susun buah kurma( buang biji dan potong kecik).
-Kukus dalam 15-20 minit

Ulasan