Kek Coklat Kukus Badariah


Yang ni buat minggu lepas kot...rasanya ni kali kedua buat kek ni. Tak ingat, dah banyak sangat cuba resepi kek coklat kukus...masa kukus tu rasanya kena lebihkan, sebab maisya kukus 1 jam tapi tengok-tengok still ada part yg lembik kat dalam tu walaupun atas kek tu dah merekah. Apasal ye kalau buat kek coklat kukus mesti jadik merekah, dah guna api slow dah. Kalau tutup dgn aluminum foil pun merekah gak....kalau buat apam tu payah plak nak merekah!
Kek Coklat Kukus Badariah
Sumber :Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Ulasan

Anonymous berkata…
selalunya kalau kek merekah samada kerap bukak masa mengukus,masa kukus air tak mendidih dan beat kuar sangat..esp part butter n egg.selalu saya buat lam 1 jam dh masak da.
Maisya berkata…
tq for the tips, akan cuba pada masa akan datang