Apam Balik
Dah lama betul tak update blog ni...kemalasan melanda...hu..hu..
Banyak kali dah buat apam balik, guna macam-macam resepi....kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak. Alhamdulillah kali ni jadik ok. Maisya guna blender jer...malas nak guna mixer. Kuali tu jgn disapu marjerin/butter terlalu banyak nanti kulit apam balik tu akan jadik bersopak! Tak cantik...kalau guna non stick pan tu tak yah sapu apa-apa dah. Tutup dengan penutup kuali supaya cepat masak bahagian atas tu.
Apam Balik
recipe by Ms Oreo@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/627
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Bahan tabur :
Kacang tanah yang sudah dikisar
Jagung krim
Gula
Marjerin/butter
Cara-cara
-Mesin gula bersama telur hingga kembang,
-Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
-Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
-Oleskan marjerin/butter di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
-Biarkan seketika , bila separuh masak, taburkan bahan tabur di atasnya(gula, kacang, jagung dan sedikit marjerin/butter). Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong
Ulasan