Eggless Chocolate Cake

Satu resepi yg menarik utk dicuba, tak guna telur tapi still sedap dan moist. Cara buat pun simple. Maisya cuma tukarkan part 2 cawan air tu kepada 1 cawan air dan 1 cawan susu segar.

Kek coklat simple tanpa telur

umi_e@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/1008

Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula (castor sugar)
2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)

2 cawan air
2/3 cawan minyak masak
2 sudu makan cuka
1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)

Coklat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

Ulasan