Kuih Tepung Talam

Beberapa bulan yang lepas surau di taman Maisya tinggal ni ada anjurkan program untuk muslimat...kami belajar buat kuih tepung talam. Memang puas hati dengan resepi ni, pertama kali cuba dah jadi elok je. Kemanisannya pun ok tak terlalu manis.



KUIH TEPUNG TALAM
resepi oleh Pn. Suzita

Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Ulasan

Bal aka Zai berkata…
Kak Maisya nampak lezat la...
blogresipi berkata…
Sedapnye tepung talam... nak buat ke tak nak buat ke tak nak buat ke tak... heheheh... mkn kat sini jer lah :D
Maisya berkata…
Bal,
Memang sedap

blogresepi,
buat la...bukan susah pun
ladymarko berkata…
Salam =)
Terima kasih byk2 kongsi resepi ni. Anak saya (4 thn) suka sgt kuih ni tapi saya tak tau buat... selalu beli je. Nak beli bukan selalu ada... kesian tengok si kecik mcm org mengidam hehehe! InsyaAllah saya akan try buat pulak. Thanks again.
Maisya berkata…
ladumarko,
silalah cuba sebab resepinya ringkas je
Tanpa Nama berkata…
Salam, sy da cuba.mmg sedap.kekwn pn puji.thx 4 d recipe.mntk izin nk paste kt fb sy.tq
Maisya berkata…
terima kasih kerana mencuba...saya pun dpt resepi dari org...boleh je nak share dgn org lain
Tanpa Nama berkata…
Mmg menjadi kuih talam ni....sy dh cuba...tqvm ats perkongsian resepi...

Catatan Popular