Monday, November 2, 2009

Resepi Ayam

Ketiga-tiga resepi ni ambik kat blog kak Zana. Mula-mula pergi sana nak ambik resepi ayam masak merah je tapi end up salin 3 resepi dan buat ketiga-tiganya(bukanlah buat semua dalam sehari). Semuanya sedap. Ayam masak merah tu buat byk so malam tu makan dengan nasi, pagi esoknya makan plak dgn roti jala.




AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN
http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-masak-merah-pak-aji-hassan.html


1 1/2 ekor ayam
A- bhn tumis
bwg merah dihiris bwg putih dihiris
halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga sekuntum bunga lawang
3 bj cengkih
B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes
5 biji buah keras (ganti kacang tanah pun ok gak)
10 biji buah badam
2 sdb kaskas (optional)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1/3 tin tomato sup brand heinz
1/3 tin susu cair
1/2 botol sos tomato
10 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 sdb serbuk cili

C -
santan (optional)
susu pekat
garam bawang besar - potong bulat
daun sup dan daun bawang - dipotong

1. ayam dibersihkan dan di gaul dgn garam & kunyit dan digoreng sebentar.
2. Panaskan minyak yg secukupnya utk menumis.
3. tumis bhn tumis hingga naik bau dan agak kekuningan
4. pastu masukkan bhn2 mesin dan yg dah diadun sekali tu. dan masak hingga pecah minyak.
5. bila rempah dah pecah minyak baru masukkan ayam yg telah digoreng. kacau sebati
6. biar seketika dgn api sederhana, pastu baru masukkan air mengikut kepekatan yg disukai.
7. reneh kan dlm 5 -10 minit. then masukkan susu pekat, santan dan garam secukup rasa.
8. biar didih sebati dan sebelum tutup api masukkan hirisan bawang besar dan daun sup/bawang.




Ayam Madras
http://zanazman.blogspot.com/2009/04/menu-dan-resipi-ayam-madras.html


1 ekor ayam
1/2 tin susu cair
2-3 sdb susu pekat
garam secukup rasa

bhn tumis:
2 kuntum b. cengkih
2 kuntum b. lawang
2 biji buah pelaga
3 cm k.kayu manis.
1 helai d. ketumbar
1 helai d. pandan
1 cmb myk sapi (optional)

utk menumis bhn mesin:
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2.5 cm halia
2 btg serai
3 tangkai cili hijau (kalau cili tak pedas boleh add 1-2 tangkai cili padi utk pedas)
1 tangkai daun bawang,
1 biji tomato,
30 gm kacang gajus (boleh ganti dgn badam)

bhn bancuh :
2 cmb serbuk kari
1 sdt serbuk jintan manis
1 sddt serbuk kunyit
2 cmb tomato puri/sos

1) Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.
2) Periuk lain tumis bhn tumis hingga naik bau.
3) Masukkan bhn bancuh, tumis kejap
4) then masuk bhn mesin dan tumis hingga pecah minyak. (proses ni agak lama)
5) masukkan ayam dan susu cair dan kacau sebati.
6) masukkan air dan susu cari dan susu pekat. jgn lupa perasakan dgn garam.
7)masak hingga kuah agak pekat dan ayam pun empuk (lagi empuk ayam lagi sedap



Ayam Panggang
http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-panggang.html


blend:
bwg besar
bwg putih
halia
serai
daun kari
mayonis
kunyit
cili kering
garam dan gula

ayam belah 4 je. perap ayam semalaman utk lebih sedap. bakar pada suhu 200C selama 20 minit

4 comments:

*E-na* said...

Salam kenal....rajin memasak yer...

umeboshi said...

k.maisya...bahan2 dan resepi utk ayam panggang tu, macam simple. yg menarik nye...ada tambah mayonese. apa rasa agak eh? teringin nak rasa. kang bebila bleh cuba buat lah...

MamaFaMi said...

Wah berderet-deret resepi ayam yang Maisya cuba. Ayam merupakan favourite di rumah Maisya ke?

p/s : Zeal tu serbuk perasa, Aji No Motolah senang cerita...

Maisya said...

E-na,
Tak de la rajin mana pun...rutin harian je.

ume,
kan...menarik resepi tu...sedap, ada rasa lemak-lemak sikit. Cubalah.

Mama,
Bolehlah dikatakan kerap makan ayam sebab tukang masaknya ni malas nak menyiang ikan..he..he..daging plak selalu jadik liat le apa so paling senang masak ayam .
Ooo...bahan perasa rupanya...ingatkan herbs ke apa ke.