Kek Milo



Gambar je dulu, dah lama buat ni...few months back kot?( abaikan tarikh pada gambar tu...lupa nak set semula tarikh lepas ganti bateri kamera)...tgh carik balik resepinya..tapi tak jumpa-jumpa...tak ingat letak kat mana.....tak ingat jugak copy resepi dari mana...uwaaa...




Alhamdulillah, jumpa jugak resepinya...(sebab tu la buat blog ni in the first place, sebab selalu tak jumpa kertas resepi..hu..hu..)

Resepi ni dah diubahsuai dari resepi Eggless Chocolate Cake II oleh Ginger P di allrecipes.

Eggless Milo Cake

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Tension kan Maisya, ada gambar tapi tak jumpa resepi. Tapi mama lagi tension, sebab gambar muffin dan kek ada banyak dalam folder, tapi terlupa, ini resepi apa itu resepi apa... aduhai... rasa macam membazir je mencuba tapi tak leh share!
Maisya berkata…
Mama,
ni baru terjumpa balik resepinya...dah letak dah kat entry ni. Maisya pun byk gak kes macam tu..he..he..gambar ada tapi resepi tak ingat.
Kmal berkata…
Salam Maisya,

Kek milo ni...anak2 mesti suka... raah saja pun sedap...
re: tkasih atas ucapan tu...
izat berkata…
Salam maisya,

Terima kasih singgah blog saya, saya pun nak link blog awak. Leh lah kita share lah apa yg patut kan?

Kek tanpa telur n cookies pakai minyak tu cam sedap je kan? Rasa nak try. Apa pun yg kasi sedap Allah, kita usaha je. :)
umeboshi berkata…
k.maisya,
susu tu guna susu apa? susu segar? susu cair krimer? susu pekat manih?
Maisya berkata…
K.Mal,
Memang sedap meratah Milo kan...he..he.

Izat,
Ya, Allah yg bagi sedap.

Ume,
Guna susu segar
umeboshi berkata…
lagi satu...berapa lama k.maisya masak kek ni? sejam ada? ish, teringin lak nak buat..ngehngeh
Maisya berkata…
Ops ada lagik plak soalan...akak bakar atas dapur gas...lebih kurang 40-50 minit camtu...kalau oven lebih kurang jugaklah kot masanya...boleh check masa 40 minit tu dah masak ke tidak.
Navara Candy berkata…
kalau guna oven, brapa darjah suhu?