Homemade Peanut Butter

Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube.

Mentega Kacang
Bahan-bahan yang perlu:
2 cawan kacang tanah

2 sudu besar minyak 
sedikit garam(kalau mahu)

Kacang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu. 
Kisar semua bahan sampai halus dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata. Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya.


Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai.


tips: 

1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit supaya sekata.

Boleh tonton video ini di youtube untuk rujukan.

http://www.youtube.com/watch?v=aDNxGBFt0mU

2)Kacang dikisar semasa masih suam


Ini peanut butter yang dah ditambah serbuk koko ( jangan letak banyak nanti pahit pulak )






Ulasan

Unknown berkata…
Akak....waahh..suka tengok roti2 akak....saya try bukak link pak agus tu...tp xleh lah akak.

Akak, cara2 tuk wat roti gardenia @ roti kismis tu, campak semua bahan dlm BM sekaligus ea? Pastu akak bakar dlm BM tu jugak ke atau guna loyang lain utk bakar dalam oven?