Tuesday, February 25, 2014

Roti Bantal/ Loaf

Tahun lepas tak banyak mencuba resepi roti yang baru, asyik ulang resepi yang sama cuma ubah sana sini ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Ada juga mencuba teknik sponge dough seperti resepi Queen Bread yang agak popular di kalangan blogger masakan pada masa itu.

Maisya ada menjadi ahli kepada Kelab Roti, sebuah group di FB. Banyak juga tips dan ilmu baru yang dipelajari. Contohnya,
1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas.
2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih senang untuk dibentukkan.
3)kuantiti yis boleh dikurangkan untuk melambatkan proses pengembangan doh. Anggaran 4g yis kering untuk 1kg tepung. Doh boleh diuli pada waktu malam, dibentukkan dan dibiarkan (bertutup) untuk dibakar pada awal pagi esoknya.
4)tips menggunakan BM(breadmaker) Tesco, pilih menu no 8. Selepas uli yang pertama, terus tekan start beberapa saat untuk reset dan pilih menu no 8 sekali lagi. Selepas selesai uli yang pertama boleh terus keluarkan daripada BM dan bentukkan. Untuk breadmaker, jika pilih untuk uli dan terus bakar, hanya guna anggaran 2 sudu kecil(8g) yis sahaja untuk 500g tepung.
5)doh yang siap diuli akan kelihatan berminyak, lembut dan berat serta boleh ditarik nipis seperti doh roti canai. Sapukan minyak pada tangan untuk lebih mudah mengendalikan doh.
6)sebelum dibakar, sapukan doh dengan bancuhan susu tepung dan air. Selepas bakar juga sapu sekali lagi untuk mendapatkan permukaan yang cantik berkilat.
7)segera keluarkan roti daripada loyang selepas dibakar dan sejukkan di atas redai supaya bahagian bawah roti tidak lembap.

Awal tahun ini Maisya berkesempatan menghadiri kelas membuat roti oleh Mamazieza. Walaupun Maisya dah lama buat roti tetapi selama ini hanya berguru dengan youtube, forum, blog dll sahaja. Teringin pula belajar teknik yang betul.

Gambar daripada Puan Ayu, tuan kedai Eriqa Sweet Bake, Kulim (tempat kelas diadakan)

Kebetulan pula pada penghujung tahun lepas berpeluang membeli breadmaker pada harga yang murah; TESCO buat jualan murah dan breadmaker dijual dengan harga RM199 sahaja. Harga asalnya RM3++. Maka, semangat untuk meroti pun bertambah-tambah.



Setelah membeli loyang Pullman bertutup seperti gambar ini, Maisya telah mencuba beberapa resepi baru.


Gambar daripada:
http://sakura-lovebaking.blogspot.com/2009/10/sandwich-white-bread.html

Ambil masa juga untuk memahami karenah loyang ini. Setelah cubaan kali keempat barulah dapat hasil yang memuaskan hati. Cubaan pertama, bakar sebelum doh belum cukup naik, hasilnya..roti tak dapat bentuk segi empat yang cantik.



Cubaan kedua, kecuaian...penutup loyang tak ditutup rapat...hasilnya doh melimpah di bahagian tepi. Gambar tak ada.

Cubaan ketiga, warna pucat/ roti belum cukup masak. (Disebabkan loyang bertutup sepenuhnya, sukar nak mengagak roti dah masak ke belum sebab tak nampak keadaan roti di dalam loyang tu)



Kali keempat, barulah tidak mengecewakan. Roti masak sempurna.


Tips menggunakan loyang Pullman bertutup
1) sapu shortening/marjerin/butter pada keseluruhan loyang termasuk penutupnya
2) formula untuk tentukan berat doh yang sesuai untuk loyang adalah 1/5 daripada berat air yang boleh diisi dalam loyang tersebut (sesetengah loyang ada ditulis siap-siap pada badan loyang berapa berat doh yang sesuai )
3)doh jangan diletak seketul besar terus. Bahagikan kepada 4 doh kecil. Gulung doh seperti buat kek gulung, dan susun keempat-empat doh di dalam loyang. (Boleh rujuk video Pak Agus di bawah untuk lebih mudah memahaminya)
4) seeloknya doh jangan biar naik sampai memenuhi loyang , tinggalkan ruang anggaran 1/2 inci semasa dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar
5)untuk oven seperti yang saya guna iaitu Pensonic 17L, gunakan suhu 175 C selama 40 - 45 minit, api atas dan bawah, letakkan di rak tengah (pusing loyang selepas 30 minit supaya pembakaran sekata)

Berikut pula adalah resepi-resepi yang telah dicuba.

Biasanya sebelum ini untuk roti loaf Maisya menggunakan resepi dari Kak Noor yang diambil dari forum cari. Resepi mudah dengan bahan-bahan yang sedikit dan kos yang murah.


ROTI PUTIH
source: Noormasri , FNR

Bahan-bahan:

1 cawan air suam (luke warm)
1 sudu kecil garam
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu besar minyak boleh ganti mentega atau shortening yg dicairkan
3 cawan tepung roti
1.5 sudu kecil yis kering

Resepi daripada Pak Agus yang sangat bagus, boleh lihat videonya di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=bbzBurr6Gzw

dicampur serbuk koko dan kismis
 roti kosong

Roti Tawar Indonesia Pak Agus Jamhari

1) 500 gram tepung high protein
2) 8 gram garam
3) 2 gram pelembut roti (Maisya tak letak)
4) 8 gram yis segera
5) 30 gram susu tepung
6) 40 gram gula pasir
7) 1 biji kuning telur
8) 50 gram mentega
9) 300 gram air ais

*Untuk cara-caranya, sila lihat video di atas.


Resepi daripada Chef Azuan

Roti Gardenia
1kg bread flour
10g bread softner( Maisya tak letak)
20g bread imprrover(Maisya tak letak)
25g high quality of dry yeast
30g milk powder
20g salt
80g sugar
60g shortening
600 ml water

Resepi daripada ahli Kelab Roti ( FB group) - Ozleen Muhi

ROTI LOAF
500 gm t.roti
100 gm gula
100 gm marjerin/butter/shortening
11 gm yis
2 bj telur(100gm)
10 gm garam
30 gm susu tepung
5g bread improver(Maisya tak letak)
200gm air+ais


campur semua uli smpai elastik..
loyang pullman 8x4x4...450gm doh
boleh dpt 2 loyang ada lebih sikit

Resepi ini bukan khusus untuk loaf tapi Maisya cuba masukkan dalam loyang ni.
Buat marble, doh putih dan doh coklat

 dengan buterscotch chips

Roti Loaf
500 gram tepung gandum 
1 bungkus yis segera (11g) 
15 gram susu tepung 
75 gram gula pasir 
50 gram madu (atau susu pekat )
1 biji telur 
250 ml air sejuk (peti sejuk)
1 sudu teh garam 
50 gram marjerin 


Roti kismis resepi daripada paket yis Mauripan


Roti Kismis 
700g tepung roti
2 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
100g gula
50g(1 biji) telur
35ml susu segar
400ml air sejuk
100g kismis
70g mentega

Roti Cheese resepi daripada manual BM Tesco
Roti Keju
1 1/3 cawan air sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 1/3 cawan tepung roti
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil yis kering
3/4 cawan keju cheddar parut


Roti Benggali
Roti Bengggali- Sofinar Myresipi
Bahan-bahan ( 4 orang makan )

350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam
120 - 160 ml air 
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

8 comments:

Mila@Rimbun said...

wahh dah ada BM yer..

just nak tanya, agak2 kalau kita bakar roti tp jadi keras, tak mcm bakar dalam BM, adakah bermaksud oven tuh suhunya dah tak betul ke?dah rosak ke agaknya yer?

Maisya said...

Mila, kalau bakar kek ke atau benda lain ok tak? Mungkin boleh turunkan suhu masa bakar roti.

ati_emylia said...

Assalamualaikum myzatt...ni emy..aku baru nak belajar meroti....sekali je ku try BM itu...x jd...terus keciwa...ni baru nak kembalikan mood...

Maisya said...

Tak pe, try le lagi...lama-lama nanti oklah tu.

Anonymous said...

Menguli tepung pakai tgn pun lembut. Tips...lepas uli....lempar doh tu beberapa kali...then...masukkan dlm beg plastik...ramas utk beberapa minit. Then..keluarkan utk dikembangkan doh.

Divinity said...

Nice post, fully informative thanks for sharing

Hypnotist Chennai said...

Thanks for sharing this wonderful post, It is awesome.

MrShafana said...

Menarik