Wednesday, July 22, 2009

Kuah Pecal Segera

Dulu biasa beli kat kedai kuah pecal yg instant ni. Haritu agak rajin so cuba buat sendiri plak. Guna resepi yg biasa Maisya gunakan. Resepi ada kat sini : KUAH PECAL . Cuma ubah sikit cara nak buatnya. Sukatan tak de la...main agak-agak je.


KUAH PECAL SEGERA
Kacang tanah( disangai dan dikisar )
Udang kering, basuh dan goreng hingga garing
Belacan(optional, maisya selalu tak letak), digoreng sebentar
Bawang merah( dihiris nipis ), digoreng hingga garing
Cili kering( dipotong-potong anggaran 1 inci), basuh dan goreng sebentar
Gula
Garam

1.Kisar semua bahan yg dah digoreng tadi (bawang, belacan, udang kering, cili kering) bersama-sama gula dan garam hingga halus. (Bahan yg dah digoreng tu seeloknya dibiarkan sejuk dahulu barulah dikisar ye)
2.Campurkan bahan kisar dengan kacang yg dah dikisar, gaul rata.
3.Bolehlah dibahagi-bahagikan dan dibungkus dalam plastik kecil dan disimpan dalam peti sejuk.

Cara guna:
Campurkan kuah segera ni dengan air & air asam jawa secukupnya dan masak sebentar hingga kuah pekat. Tambah gula dan garam jika perlu.

No comments: