Thursday, May 14, 2009

Kuih Cara Moden


Resepi ni pun jumpa kat myresipi.com. Intinya guna kaya tanpa telur seperti dalam entry yang sebelum ni. Sedap kuih ni , lembut dan ringan. Ada iras kaya ball tapi ada rasa macam apam juga sebab guna yis. Yang bestnya adunan langsung tak lekat kat acuan so senang je nak keluarkan. Maisya guna tepung gandum je semua sebab tepung jagung dah habis.





KUIH CARA MODEN
wifemuda @ myresipi.com
Resepi asal dari laman web saji
http://www.myresipi.com/top/detail/7880



Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
250ml susu cair
4 sudu besar gula
1 sudu kecil yis kering (mauripan)
sedikit garam
2 biji telur
3 sudu besar butter ( cairkan )
sekaya secukupnya

Cara-cara
-Campurkan semua bahan kering dan gaul rata
-Kemudian masukkan susu dan telur
-Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam.
-Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula.
-Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter/minyak. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda
-Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
-Tutup acuan dengan tudung periuk supaya cepat masak
-Apabila ianya kekuningan....angkat.Buat sehingga habis....

No comments: