Chicken Pie

Try buat chicken pie ni tapi just buat kecik-kecik senang nak makan, tak payah potong-potong. Guna acuan tart yg kecik tu.




Untuk inti maisya guna resepi dari


yang maisya copy dari fp mamafami
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1822498

PAI AYAM

Inti :

1 peket daging ayam cincang (about 340g)
1 tin sup cendawan
300g sayuran campuran
300g bawang besar, didadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung dibancuh bersama 1/2 cawan air
garam
lada sulah

Kaedah penyediaan :

- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang dadu. Biarkan sampai lembut.
- Masukkan ayam cincang dan kacau agar ayam tidak berketul. Goreng hingga ayam masak.
- Masukkan sayuran campuran.
- Di dalam mangkuk yang berasingan, bancuh sup cendawan dengan 1 cawan air. Kacau rata.
- Tuangkan bancuhan sup cendawan ke dalam ayam tadi. Tambah air jika perlu.
- Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air. Ini adalah untuk memekatkan kuah.
- Masak di atas api perlahan.
- Perisakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.


Untuk kulitnya maisya ambik resepi dari

http://jeni.resipi.net/?p=22

Sumber : Catherine Atkinson

Pastri (Shortcrust)
Bahan-bahan
225 g tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
115 g mentega sejuk, didadu
65 g lemak sayuran, didadu
60 - 120 ml air sejuk

Cara Membuatnya

Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaulkan mentega, lemak sayuran ke dalam tepung sehingga teksturnya menjadi macam breadcrumb.
Renjis sedikit demi sedikit air sambil gaul tepung tu. Kuantiti air yang digunakan bergantung kepada setiap keadaan ye bergantung pada suhu sekeliling dan macam-macam. Jadi masukkan sedikit-sedikit, gaul hingga tepung boleh dibentuk macam bola. Jangan lembab sangat dan jangan kering (berderai) sangat.
Selepas dibolakan, penyetkan adunan menjadi leper dan simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Selepas 30 minit, rollkan pastri sehingga ketinggian 3 mm. Untuk senang rollkan pastri antara 2 alas plastik supaya tak melekat kat rolling pin. Rollkan perlahan-lahan.
Kemudian angkat pastri dan masukkan ke dalam acuan. Masukkan inti ayam, dan kemudian lapikkan permukaan atas dengan pastri lagi.
Kalau rajin, cut out bentuk2 comel kat lebihan pastri dan letakkan atas lapisan pastri tadi. Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
Bakar pada suhu 190 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.

Ulasan

blogresipi berkata…
Sedapnye chicken pie nie..cute2 je.
Maisya berkata…
kecik-kecik senang nak makan...tak payah potong-potong.