Pau


Selalunya Maisya buat pau guna resepi yg ada pada yis mauripan tu je. Kali ni nak cuba resepi yg lain sikit sebab tgk cam gebu je gambar pau yg dihasilkan. But then, Maisya tak ikut resepi sepenuhnya sebab kat rumah ni takde shortening. Kalau ganti dengan marjerin nanti jadik warna kuning plak paunya. Maisya guna minyak so takde la putih melepak pau tu macam yg sepatutnya. Inti guna sekaya yg dibuat sendiri.

Separuh Maisya letak inti sekaya, separuh lagi adunan Maisya buat saiz mini dan biarkan kosong je tanpa inti. Yang saiz kecik ni lepas dah kukus Maisya simpan dlm freezer. 2 hari lepas tu Maisya goreng dan kemudian belah dan letak sambal ikan bilis serta timun...jadiklah pau goreng @ burger Malaysia.


Pau
http://jasmeen.fotopages.com/?entry=1558881


Bahan :-
500 gm Tepung Pau (maisya guna tepung biasa)
2 sdt Baking powder
260 gm air suam
1/2 peket instant yis (mauripan) or 6gm
7 sdb gula halus
3 sdb shortening / lemak sayur (maisya guna minyak)

Cara :-
- Campurkan tepung & baking powder (gaul rata)
- Bancuh yis & gula dgn air suam, kacau sehingga gula larut
- Masukkan air kedlm tepung & uli sehingga licin..(lembik adunan lbh krg spt adunan roti canai, klu rasa keras, leh tmbh air)
- Masukkan lemak sayur, uli lg sehingga licin..
- Tutup dgn kain, biarkan naik sekali ganda..
- Bila dah naik..tumbuk2 utk keluarkan angin..dan bentukkan bulat2 kecil..
- Masukkan inti kegemaran..dah biarkan 10 min sblm dikukus..
- Kukus selama 10 min dgn api yg kuat (jgn lama2)
**Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu & balut penutup kukus dgn kain..

Ulasan

makcikkantin berkata…
ooooo, baru semalam mck tgk pau goreng sambal bilis ni kat satu kenduri, dok pikir camna nak buat...ha nanti nak cuba jugak lah.
Maisya berkata…
mck,
kalau nak goreng terus pun boleh tak payah kukus dulu....maisya kukus sebab nak frozenkan malas nak goreng separuh masak so kukus je sekali dengan pau tu ,lepas tu terus simpan.
soulha berkata…
lama tk mengepau....teringat jaman jd ejen pau kt sini satu masa dulu..hehehe..

sue lum balik lg ler..packing habis semua brng..tiket masih waithing list..maklum ler ramai umat katakan.asyik tk ckup seat jer..hehehe..klu blik leh geder2.
Maisya berkata…
sue,
balik nanti dok belah utara ke? Nanti bolehlah kita jumpa Insyaallah...ajak kacip dgn ninoz sekali kalau depa balik kg.
zu_e9 berkata…
sedapnya tgk au gebu akak tu..
tambah2 burger malaysia tu..
terliur dibuatnya..
bilala nk rajin mcm akak ni..

enan_zulikh@yahoo.com
Maisya berkata…
zu,
akak ni bukan rajin sgt pun...nak tak nak kena jugak masak utk family
muezzan berkata…
bestnye tgk pau yg gebu tuh..dh brp kali buat,bila panas mmg lembut,jap ag dh sejuk,ha liat...xtau kt mane silapnye..nk try buat ikut resepi maisya plak la pas ni...
Maisya berkata…
muezzan,
cubalah ye